Categories: Eat Travel

Sedap ‘Gila’ Tiramisu Tanpa Telur Ini. Senang Saja Nak Buat!

Siapa yang suka makan tiramisu boleh geng dengan penulis! Penulis memang suka sangat! Kalau anda nak tahu, cara nak buat tiramisu ini bukanlah susah sangat. 

Selalunya, kalau ada kelapangan, penulis buat saja dekat rumah. Memang senang sangat dan tak perlu menggunakan telur. Rasanya sama macam beli di kafe mahal! Nak tahu resepinya? Jom tengok video ini!

Bahan-bahan

200 gram krim keju

70 gram gula

1 sudu kecil esen vanila

200 ml krim putar

Air kopi (disejukkan)

Biskut jejari 

Serbuk koko

Coklat

Cara-caranya

1. Masukkan krim keju, gula dan esen vanila ke dalam mangkuk. Pukul menggunakan mixer sehingga sebati.

2. Kemudian, masukkan krim putar dan pukul menggunakan mixer sehingga sebati.

3. Celupkan biskut jejari ke dalam air kopi yang telah disejukkan dan susun biskut tersebut dalam loyang.

4. Seterusnya, curahkan bancuhan cream tadi di atas biskut tersebut. (Rujuk video)

5. Sejukkan selama 3 jam.

6. Setelah itu, taburkan serbuk koko dan coklat di atas tiramisu yang telah disejukkan.

7. Potong dan siap untuk dinikmati!

Sumber: Buat Orang Lapo

tex_admin