Categories: Eat Travel

Sotong Sumbat Bakar Kakton Pattani Cafe Memang Jeliro

Jika anda mempunyai perancangan untuk bercuti di negeri Kelantan, jangan lupa masukkan Kakton Pattani Cafe dalam senarai tempat makan yang bakal anda kunjungi.

Kedai ini terletak di D’ Geting Beach Resort (tepi kolam renang), PT 804 Pantai Geting, Kelantan. Antara menu yang paling ‘meletop’ di kedai ini ialah Sotong Sumbat Bakar. Tengok sotongnya memang gebu-gebu, geram!

Tapi memang bukan sekadar indah khabar dari rupa, sebab rasanya pun memang terbaik. Harga juga memang sangat berpatutan.

Difahamkan, sebanyak 80 kilogram sotong digunakan setiap hari! Selain sotong sumbat bakar, kedai ini turut menjual Boat Noodle dengan harga RM1.90 semangkuk. Ada tiga lauk yang berbeza antaranya lauk ayam yang memang sedap.

Dibuka dari jam 2 petang hingga 10 malam, Kakton Pattani Cafe turut menyediakan masakan panas antaranya Padthai Goreng Seafood, Nasi Padkhapau Daging/ Ayam, Yam Khai Sep, Khai Tod Klea, Colek Perut, Daging Bakar Seraronghai, Kerabu Maggi dan banyak lagi!

Pelbagai minuman serta pencuci mulut istimewa turut disediakan. Memang rambang mata dibuatnya! Semuanya dijamin jeliro!

Tengok gambar pun dah telan air liur kan? Apa lagi, jom singgah di Kakton Pattani Cafe jika anda berada di negeri Cik Siti Wan Kembang ya!

Sumber: Facebook Kakton Pattani

Ad Ops