Categories: Gaya Hidup

Rumah Banyak Cicak? Ini DIY Perangkap Cicak Paling Berkesan Yang Anda Perlu Tahu

Memang stress kan kalau rumah ada banyak cicak? Dah lah tahinya merata kat lantai, kalau terpijak memang geli! Biasanya, kita akan guna spray untuk bunuh cicak ni, tapi agak payah jugak sebab cicak tersebut akan lari dengan lajunya! Mencabar jugak lah nak bunuh guna spray ini.

Hijab & Heels ada jalan penyelesaiannya untuk perangkap cicak yang degil ini! Anda hanya ikut saja tip mudah untuk perangkap cicak yang dikongsikan oleh seorang wanita Alosnida Musa di laman Facebooknya.

Hanya guna bahan-bahan dapur, anda boleh jadi ‘super mommy‘ yang mampu perangkap cicak dengan jayanya! Jom tengok video untuk membuat perangkap cicak ini.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Botol plastik kosong

Kapas muka

Air

Gula (boleh digantikan dengan susu pekat manis)

Minyak masak

Cara membuatnya:

1. Potong botol air di bahagian atas.

2. Letakkan kapas muka di dalamnya. 

3. Masukkan gula pasir dan masukkan pula air.

4. Kemudian, sapukan sedikit minyak pada bahagian dalam plastik botol dan bahagian luar pada atas botol yang dipotong tadi.

5. Letakkan semula atas botol dengan cara terbalikkannya. (Rujuk video)

6. Setelah siap, letak perangkap ini di kawasan rumah anda. Pastikan, muncung botol melekat pada dinding supaya cicak boleh lalu terus dari dinding. Boleh juga guna tape untuk lekatkan muncung botol tersebut.

7. Hasilnya, cicak pun lemas: 

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook

tex_admin