Eat Travel By: tex_admin March 9, 2019 @ 11:42pm

Teringin hendak terokai gua di Sarawak? Ini lokasi-lokasi menarik untuk anda!

Oleh: Syarifah Fatin Anisa Tuan Said Shakh

Sarawak kaya dengan hasil bumi yang indah. Berkeluasan 124,451 kilometer persegi, Sarawak merupakan negeri terbesar di Malaysia.

Jika ingin ke sana, anda memerlukan masa yang panjang untuk meneroka setiap pelusuk Bumi Kenyalang itu.

Antara tarikan utama di Sarawak adalah pelbagai lokasi indah yang menawarkan cabaran khususnya gua semula jadi yang terbentuk beribu-ribu tahun dengan pemandangan saujana mata memandang.

1. Gua Pari-pari

Gua yang terletak di Bau ini merupakan kawasan perlombongan emas pada suatu ketika dahulu. Perjalanan ke gua unik ini mengambil masa 40 minit dengan kenderaan dari Kuching.

Sebelum memulakan perjalanan, anda disarankan untuk memanaskan badan terlebih dahulu kerana perlu menaiki kira-kira empat tangga konkrit untuk sampai ke gua ini.

Anda pasti akan kagum dengan saiz gua yang besar dan lumut yang tumbuh melata disebabkan oleh kelembapan dan cahaya yang masuk ke dalamnya.

Anda tidak perlu menggunakan lampu suluh kerana keadaan gelap di dalam gua itu hanyalah sementara kerana terdapat pintu masuk yang lebih besar dengan cahaya yang terang.

Di sana, anda akan dapat menyaksikan stalagmit dan stalaktit yang terbentuk sejak beribu-ribu tahun dahulu.

Pintu masuk gua ini dikatakan menyerupai dewi dari kisah masyarakat Cina iaitu Guan Yin.

Bayaran masuk: RM1
Waktu operasi: Dibuka setiap hari dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Foto:TripAdvisor

2. Gua Angin

Gua ini dinamakan sempena suasana yang berangin sepanjang berada di dalam gua itu. Terletak 48 kilometer dari bandar Kuching, Gua Angin hanya mengambil masa selama 25 minit berkereta untuk ke sana.

Bagi anda yang ingin merasai suasana nyaman dan t

Foto: says.com

Anda juga disarankan untuk membawa lampu suluh kerana keadaannya yang agak gelap dan bagi mengelakkan gangguan binatang seperti kelawar.

Bayaran masuk: RM1
Waktu operasi: 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

3. Gua Rusa

Gua yang terletak di Taman Negara Mulu ini ialah gua terbesar di Kepulauan Borneo.

Menariknya, lokasi ini menjadi habitat kepada berjuta-juta spesies kelawar!

Untuk sampai ke gua ini, anda harus melalui laluan berpapan yang membolehkan anda menyaksikan keindahan hutan hujan Sarawak yang menghijau dan gua persemadian kaum Penan pada zaman dahulu.

Foto: World Of Buzz

Seperti di Gua Angin, anda juga disarankan untuk membawa lampu suluh supaya dapat menyaksikan keindahan alam seperti serangga dan “Garden of Eden” di sepanjang perjalanan.

Antara tarikan yang paling hebat adalah pembentukan batu yang unik di pintu masuk gua yang menyerupai bekas Presiden Amerika Syarikat, Abraham Lincoln.

Jangan lepaskan peluang untuk melihat beribu-ribu ekor kelawar pada sekitar jam 5 hingga 7 petang di kawasan pemerhatian yang disediakan untuk pengunjung.

Anda boleh menaiki bot ekspres dari Kuala Baram (tiga jam) ke Marudi. Dari Marudi, anda perlu menaiki bot ekspres komersial ke Kuala Apoh atau Long Panai di atas Sungai Tutoh (satu cabangan Sungai Baram).

Bot ekspres ini bertolak dari Marudi pada waktu tengah hari setiap hari dan kembali semula ke Marudi pada waktu pagi keesokan harinya.

Perjalanan ini mengambil masa lebih kurang tiga jam. Anda boleh melayari laman sesawang https://mulupark.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.

4. Gua Air Jernih

Gua ini juga terletak di Taman Negara Mulu. Dengan airnya yang jernih dan suasana hutan hujan yang menghijau, anda pasti tertawan!

Menariknya, ia merupakan gua terpanjang di Asia Tenggara.

Bagaimanapun, tidak bermakna anda boleh menerokai gua ini sesuka hati! Hal demikian kerana gua ini mempunyai 80 anak sungai yang bersambung-sambung dan boleh membuatkan anda mudah tersesat. Cara untuk ke sini juga sama seperti ke Gua Rusa kerana ia berada di lokasi yang sama iaitu Taman Negara Mulu.

Bayaran masuk: Dewasa (RM15), warga emas – 60 tahun ke atas (RM7), kanak-kanak – 6 hingga 18 tahun (RM5)

Foto: OrangeSmile Tours

Sumber: Borneo Tropical Adventures

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Mon, 7 May 2018

Marion Crepe Hidangkan Lempeng Nipis Yang Rangup Dan Sedap, Anda Bila Lagi Nak Cuba?

Jom try kelainan crepe yang super awesome di Marion Crepe ini. Gerenti sedap!

Acara Fri, 22 Nov 2019
Eat Travel Sat, 23 May 2020
Eat Travel Mon, 14 May 2018

Nak Lebih Puas? Jom Makan Ais Kepal Milo Dalam Baldi Ini

Kalau anda peminat tegar Ais Kepal Milo? Jom try makan dalam baldi pula, memang puas hati!

Eat Travel Thu, 31 May 2018

Bagai Pasar Malam Mewah, Bufet Ramadan Hotel DoubleTree By Hilton Sediakan Macam-Macam Juadah

Hidangannya seperti makanan yang selalu kita jumpa di pasar malam, tapi lebih mewah.

Eat Travel Tue, 24 Mar 2020

Resipi sushi tamago, mudah dan enak

Buat sendiri di rumah

Eat Travel Wed, 7 Nov 2018

Muzium Ais Krim Di San Francisco Ini Memang Unik & Colourful!

Foto anda mesti ‘manis-manis’ semuanya!

Eat Travel Thu, 2 Aug 2018

Villa ‘Sarang Burung’, Lokasi Paling Romantis Buat Pasangan Yang Gemarkan Privasi

Bird’s Nest Pool Villa antara salah satu villa yang popular dan paling tinggi di Keemala, Phuket.

Eat Travel Wed, 8 Jan 2020

Ingin rasa masakan Hong Kong yang asli dan halal? Jom ke restoran ini!

Sajiannya sesuai sangat dengan cita rasa orang Melayu!

Eat Travel Sun, 19 Aug 2018

Pepero Chocolate Rice, Hidangan Kuih Raya Istimewa Di Aidiladha

Jadikan Pepero Colourful Chocolate Rice Biscuit sebagai salah satu hidangan pada Hari Raya Haji nanti, confirm ia akan membuatkan tetamu anda terliur!