Categories: Eat TravelSemarak

Teringin Nak Masak Mee? Cuba Resipi Mee Bandung Yang Mudah Dan Gerenti Sedap Ini

Sama macam nasi goreng, masakan mi kuning pun ada bermacam-macam jenis. Ada mee hailam, mee kicap, mee bandung, mee kari, mee sup, mee jawa, mee kolok, mee udang serta mee rebus. Kalau nak style masakan Cina, mee yang dipanggil Hor Fun pun sedap.

Favourite penulis ialah mi goreng mamak. Simple tapi berminyak sikitlah. Kalau ia dimasak pedas-pedas, lagi best!

Tapi kali ini, penulis nak kongsi resipi untuk masakan mee kedua favourite penulis, iaitu Mee Bandung. Mudah dan penuh nikmat! Nampak macam mee kari, tapi rasanya lebih manis, masam, dan tak berempah.

Bahan-bahannya:

10 biji bawang merah

1 labu bawang putih

2 sudu besar udang kering

2 genggam cili kering

Mee kuning

250 gram daging lembu, dipotong nipis

Udang (jumlahnya mengikut citarasa anda)

Sayur Sawi

Fish ball dan fish cake

2 sudu besar sos tiram

6 biji telur

Gula

Garam

Air secukupnya

Cara-caranya:

1. Tumis bawang merah, bawang putih, udang kering dan cili kering sehingga masak (tapi jangan sampai garing, ya!)

2. Masukkan sos tiram dan air. Apabila sudah menggelegak, masukkan daging rebus yang dipotong nipis.

3. Kemudian masukkan fish ball, fish cake dan sayur sawi; ikut suka anda nak letak banyak mana. Selepas 5 minit, masukkan telur dan udang.

4. Masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa. Hidang bersama mee kuning dan taburkan bawang goreng di atasnya sebagai pelengkap.

Tip: Kalau anda inginkan kuah yang pekat, tambah saja tepung jagung.

Sumber: Seminit Resepi

Ad Ops