familuv By: tex_admin November 2, 2018 @ 9:00am

Anak Berumur 2 Tahun Ke Bawah Boleh Minum Ubat Batuk Atau Tidak?

Batuk dan selesema memang mudah dialami dalam kalangan kanak-kanak. Sakit tekak, hidung berair dan tersumbat antara simptom yang mengganggu kualiti tidur mahupun aktiviti seharian mereka.

Kebiasaannya, potensi untuk menyembuhkan penyakit ini agak memakan masa yang berminggu. Situasi ini yang membuatkan ibu bapa bimbang dan mereka akan cuba mendapatkan rawatan seperti memberikan ubat batuk kepada anak-anak.

Tapi, adakah anak anda yang berusia bawah 2 tahun boleh diberi ubat batuk? Adakah semua jenis ubat batuk sesuai dengan anak anda? 

Menurut The Us Food and Drug Administration (FDA) merekomendasikan kanak-kanak di bawah umur 2 tahun tidak boleh diberikan ubat batuk terutamanya yang avaible over the counter (otc). Malahan, The American Academy Of Paediatrics pula tidak merekomendasikan ubat batuk pada kanak-kanak di bawah umur 4 tahun.

Hal ini kerana, kesilapan dan kecuaian pemberian dos secara berlebihan ubat batuk kepada kanak-kanak akan menyebabkan kesan sampingan yang memudaratkan. Antara kesan sampingannya adalah:

  • Masalah sistem pernafasan
  • Terlalu mengantuk
  • Sawan
  • Peningkatan kadar denyutan jantung
  • Tekanan darah meningkat
  • Sakit belakang
  • Kekeliruan
  • Masalah jantung

Foto: Dr. Zubaidi

Selain itu, terdapat jenis ubat batuk yang tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak antaranya:

  • Cough expectorant (guafenesin
  • Cough suppressant (dextromethorphan
  • Decongestants (pseudoephedrine, phenylephrine)
  • Certain antihistamine (clhorpheniramine)

Sebenarnya, terdapat beberapa kaedah rawatan yang boleh dilakukan sebagai alternatif kepada ubat batuk dan selesema sekiranya bayi atau kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah mengalami masalah batuk dan selesema. Antara kaedah-kaedah yang boleh anda lakukan adalah:

  • Menggunakan ubat titisan atau semburan hidung yang mengandungi garam laut (normal saline atau sodium chloride 0.9%). Ubat ini boleh mengurangkan gejala hidung tersumbat di samping mengekalkan kelembapan rongga hidung.
  • Penggunaan alat penyembur kelembapan (Mist Humidifier) juga boleh memberi kelegaan kepada hidung yang tersumbat dan kesukaran untuk bernafas.
  • Menggunakan alat picagari bulb untuk menyedut lendir atau mukus keluar daripada rongga hidung.
  • Memastikan anak anda minum air secara kerap untuk menggalakkan penghidratan badan.

Foto: Zuriat

Sebaiknya, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum memberikan ubat batuk kepada anak. Anda juga perlu peka tentang beberapa perkara ini seperti:

  • Ibu bapa perlu sentiasa peka dan memahami arahan pengambilan ubat pada label ubat dan juga arahan yang disampaikan oleh doktor dan ahli farmasi.
  • Ibu bapa perlu elak daripada menambah atau mengubah dos yang telah ditetapkan kerana pengiraan dos adalah berdasarkan berat badan kanak-kanak tersebut. Pastikan ubat disukat dengan menggunakan alat penyukat yang tepat seperti picagari. (Penggunaan tudung penyukat atau sudu tidak tepat)
  • Ibu bapa tidak boleh berkongsi ubat batuk dan selesema kepada pesakit kanak-kanak yang lain walaupun gejala penyakit yang dihadapi adalah sama.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Perlis

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Tue, 18 Dec 2018

5 Kebaikan Membaca Buku Untuk Anak Sebelum Tidur

Pastikan anda membeli buku-buku cerita yang menarik ya!

familuv Mon, 13 Apr 2020

Bunuh ibu kerana ketagih permainan dalam talian

Ketahui tanda-tanda ketagihan gajet!

familuv Wed, 1 Apr 2020
familuv Thu, 3 Jan 2019

6 Petanda Anda Keguguran Kandungan Ketika Hamil

Ada tanda yang tak perlu dikhuatiri pun.

familuv Thu, 14 Nov 2019

Terlebih guna ‘gadget’ terbukti boleh bantut perkembangan otak kanak-kanak

Skil kemahiran membaca anak ini tidak akan berkembang.

familuv Thu, 31 Jan 2019
familuv Mon, 21 May 2018
Cahaya Mata Wed, 3 Aug 2022

“Saya Inginkan Anak Lelaki Lagi” – Adira ‘Tutup Kilang’ Selepas Cahaya Mata Keempat

Kalau tambah lagi masa akan datang pun apa salahnya kan? Semoga urusan melahirkan anak keempat Adira dipermudahkan.

familuv Tue, 10 Mar 2020
familuv Mon, 9 Dec 2019

5 jenis kerusi keselamatan kanak-kanak yang anda perlu tahu

Jangan beli sahaja, ketahui kerusi yang sesuai untuk si kecil