familuv By: Shaidah Shafie March 3, 2020 @ 11:55am

Bayi hisap jari memang nampak comel, tapi tabiat itu boleh undang padah

Bayi yang menghisap jari atau menggentel anggota badan sendiri seperti cuping telinga sering dianggap comel, malah masyarakat dulu mengatakan tabiat berkenaan menandakan si kecil seorang yang baik.

Lazimnya, si kecil akan melakukan tabiat berkenaan apabila mereka mengantuk. Ada juga yang mengatakan perbuatan menghisap jari itu dilakukan kerana si kecil sudah biasa menghisap puting silikon.

Pakar pediatrik daripada Hospital Kanak-kanak Wisconsin, Amerika Syarikat, Dr Laura Marusinec, berkata ibu bapa boleh saja membiarkan anak melakukan tabiat berkenaan kerana mereka akan berhenti dengan sendirinya apabila tiba masa.

“Mengisap jari adalah tindakan biasa bagi kanak-kanak dan kelakuan itu memberi kelegaan kepada mereka, kecuali jika anda memaksa mereka menghentikannya,” katanya.

Tabiat menghisap jari mendatangkan kesan tersendiri kepada bayi atau kanak-kanak. Gambar hiasan: Theasianparent.

The Asian Parents dalam perkongsian di laman sosialnya menyatakan antara kesan akibat menghisap jari adalah gigi akan berubah kedudukan sehingga boleh menyebabkan jongang.

Selain itu, kanak-kanak mungkin akan menjadi malas kerana leka dan selesa dengan perbuatan menghisap jari yang memberi kelegaan kepada mereka.

Paling membimbangkan apabila anak tidak mempunyai kehendak untuk meneroka permainan sesuai dengan usia mereka kerana asyik dengan tabiat terbabit.

Bagaimanapun, kesan yang paling membimbangkan akibat tabiat berkenaan adalah jangkitan kuman. Kanak-kanak yang gemar menghisap jari dikatakan mudah sakit dan ini lazimnya dikaitkan dengan tabiat berkenaan.

Kesan menghisap jari boleh menjadikan gigi kanak-kanak jongang. Sumber foto: Myhealth.gov

Jari yang tidak dibersihkan boleh menjadi pusat pengumpulan bakteria, lebih-lebih lagi kanak-kanak kecil yang akan menggunakan tangan sama ada untuk merangkak mahupun mengambil apa sahaja barang di depan matanya.

Pokok pangkalnya, setiap tabiat ada baik dan buruknya. Oleh itu ibu bapa perlu menilai dan memerhatikan adakah apa yang dilakukan anak boleh dibiarkan atau perlu dihentikan demi kesejahteraan si kecil.

Kanak-kanak berasa selesa jika menhidap jari. (Gambar hiasan) Sumber foto: Today Show.

Bagi ibu bapa yang ingin menghentikan tabiat berkenaan, Hijab & Heels kongsikan tiga langkah untuk mengatasi tabiat menghisap jari:

1. Terangkan dengan bahasa mudah akan keburukan menghisap jari. Jangan sesekali memandang rendah kebolehan anak untuk memahami apa yang dikatakan kepadanya.

2. Klinik Mayo dalam laman sesawangnya menyatakan ada doktor mencadangkan ibu bapa menyapu bahan tertentu yang pahit, tetapi tidak membahayakan kesihatan seperti bawang atau bawang putih. Ibu bapa juga boleh membalut tangan anak dengan kain bagi mencegah si kecil terus menghisap jari. Kaedah ini lebih sesuai digunakan untuk kanak-kanak lebih kecil atau bayi.

3. Bawa anak berjumpa doktor gigi dan biar doktor sahaja yang menerangkan mengenai bahaya menghisap jari. Anak mungkin mendengar kata-kata doktor berbanding apa yang dicakapkan oleh ibu bapa.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Tue, 29 Jan 2019

Perlukan idea untuk menghias bilik anak anda? Ikuti contoh hiasan dalaman ini

Jika ia serasi dengan jiwanya, pasti dia akan suka.

familuv Fri, 25 Jan 2019

10 sebab kenapa lelaki terjerat dengan cinta seorang janda! Panas! 

Pengalaman lalu menjadikan janda lebih matang dalam perhubungan

familuv Mon, 28 Jan 2019

Hadkan penggunaan gajet sekiranya sayangkan anak anda dan tidak mahu perkara ini berlaku!

Melayan gajet berjam-jam boleh menyumbang kerosakan saraf

familuv Fri, 15 Mar 2019
familuv Mon, 12 Nov 2018

Meghan Markle & Harry Tidak Mahu Anak Mereka Dimanjakan Ketika Membesar, Ini Pendekatan Mereka

Mereka cuma ingin pastikan si kecil ini nanti melalui kehidupan yang normal.

familuv Fri, 1 Feb 2019
familuv Tue, 13 Nov 2018
familuv Mon, 27 Apr 2020

Hukum puasa Ramadan jika tidak mengerjakan sembahyang

Ibu bapa perlu didik anak mengerjakan sembahyang

familuv Thu, 24 Jan 2019

Kate Middleton kongsi cabaran dialaminya sebagai seorang ibu

Walaupun berdarjat tinggi, beliau tidak boleh lari dari masalah ini.

familuv Tue, 22 Jan 2019

10 ungkapan yang anda perlu kerap ucapkan kepada anak

Anak anda akan rasa lebih dihargai.