familuv By: Yanie Baharom January 28, 2019 @ 2:00pm

Hadkan penggunaan gajet sekiranya sayangkan anak anda dan tidak mahu perkara ini berlaku!

Biarkan anak anda menangis seketika atau penuhi permintaannya untuk bermain gajet, namun akibatnya si kecil mungkin diancam gangguan neuropati.

Apa itu neuropati? Perkataan ini merujuk kepada gangguan saraf dan implikasinya menyebabkan organ-organ badan tidak  berfungsi dengan baik, sekali gus hilang keseimbangan badan. 

Hal ini kerana apabila sistem saraf rosak, fungsinya iaitu menghantar gelombang atau isyarat dari otak ke sistem saraf pusat dan kemudian kepada semua bahagian badan akan terhalang.

Menurut laporan portal kesihatan Healthline, gangguan atau kerosakan sistem saraf ini boleh dikesan menerusi beberapa gejala yang muncul sebagai simptom awal kerosakan saraf.

Satu daripadanya bermain gajet dalam tempoh yang terlalu lama. 

Tular baru-baru ini,  seorang kanak-kanak berusia lebih kurang empat tahun sedang memegang i-Pad, berjalan terhoyong hayang dan beberapa kali terjatuh.

Dipercayai kanak-kanak itu adalah warga tempatan berdasarkan dialek bahasa Melayu yang dituturkan seorang wanita dipercayai ibunya kerana membahasakan diri sebagai mama.

Video kanak-kanak itu mendapat perhatian, Konsultan Neurologi bahagian Neurologi Fakulti Kesihatan Universiti Indonesia, Dr. Manfaluthy Hakim, Sp.S.

Menurutnya, kerosakan saraf akibat kerap menggunakan menggunakan gadget menyebabkan seseorang mengalami kebas, semut-semut, kekejangan serta kelemahan pada pergelangan dan telapak tangan. Risiko yang lebih merbahaya, ia boleh mengakibatkan kelumpuhan.

Foto: youtube.com

Dalam kes yang berbeza,  seorang lagi mangsa membabitkan kanak-kanak berasal dari Filipina. Mangsa, John Nathan Lising dikatakan bermain permainan video lebih 9 jam setiap hari dan tanpa diduga dia mengalami gangguan saraf pada bahagian muka. 

Akibat gangguan saraf itu, mata dan bibir John tidak dapat dikawal dan bergerak sendiri tanpa henti.

Dua kes berkenaan mempunyai kaitan dengan tekanan gelombang-gelombang elektromagnetik pada iPad yang memberi kesan kepada si mangsa. 

Apabila terlalu fokus kepada skrin gajet tablet, telefon atau komputer riba; kita kurang mengelip mata. Adakala jumlah kerlipan berkurangan sehingga satu pertiga daripada normal. 

Menggunakan gajet untuk tempoh lama mampu merosakkan postur dan menjadikan anda bongkok. Sekaligus membantutkan proses tumbesaran.

Foto: Mom Loves Best

Sementara, mendengar muzik dengan kuat terutama menggunakan earphones boleh menyumbang kepada kehilangan deria bunyi. 

Situasi paling menakutkan apabila  gangguan perkembangan sistem kognitif berlaku di mama proses melihat, ingatan, penilaian dan pemikiran akan terganggu. 

Sebagai contoh haiwan dalam gajet tidak sama dengan yang sebenar. Apabila mereka masuk ke sekolah, akan menjadi masalah dalam pelajaran.

Terdapat banyak lagi kesan buruk penggunaan gajet tanpa had ini sebenarnya. 

Paling mustahak sekali, ibu bapa harus mengambil satu pendekataan dengan mengehadkan penggunaan gajet oleh anak-anak. 

Tiada perkara yang lebih membahagiakan selain melihat insan-insan tersayang sentiasa dalam keadaan gembira dan sihat!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Thu, 13 Dec 2018
familuv Thu, 2 Aug 2018

9 Barang Lazim Di Rumah Yang Boleh Mengancam Keselamatan Anak Anda

Sentiasa prihatin terhadap apa yang ada di rumah anda.

familuv Wed, 13 May 2020
familuv Mon, 27 Apr 2020

Hukum puasa Ramadan jika tidak mengerjakan sembahyang

Ibu bapa perlu didik anak mengerjakan sembahyang

familuv Tue, 16 Jun 2020
familuv Thu, 25 Oct 2018
familuv Wed, 30 Nov 2022

Aksi Syida Melvin Sebak Di Wedding Syifa Melvin Viral Di TikTok – “Wedding Aku Hang Tak Nangis Kan?”

Adik kepada Syifa Melvin iaitu Syida Melvin atau nama sebenarnya Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin menjadi perhatian warganet kerana ucapan perkahwinan yang diberikan buat kakaknya itu. @syida.melvin Haihhh 💔 Dah tahan lama dah xnak nangis, […]

familuv Mon, 6 Apr 2020
familuv Sat, 27 Oct 2018

Risiko Kahwinkan Anak Di Bawah Umur, Satu Kes Kanak-Kanak Mati Pada Malam Pertamanya!

Ibu bapa tolonglah jadi orang tua yang bertanggungjawab!

familuv Tue, 24 Mar 2020