familuv By: tex_admin July 3, 2018 @ 1:30pm

Kalau Nak Anak Bijak, Lakukan 5 Aktiviti Ini Yang Boleh Bantu Rangsang Otak Bayi

Penulis percaya bagi setiap pasangan yang dikurniakan cahayamata, pasti mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Daripada penjagaan yang penuh dengan nilai kasih sayang sehinggalah sanggup membelikan permainan yang boleh membantu perkembangan otak anak-anak. 

Jangan tak percaya, pemilihan alat permainan yang betul sebenarnya dapat membantu stimulasi anak-anak ketika mereka bermain. Ini kerana, anak kecil sentiasa bertenaga dan ingin meneroka sesuatu yang baharu setiap hari.

Begitu juga dengan bayi, tidak salah anda perkenalkan permainan yang boleh membantu rangsang otaknya. Nak tahu antara permainan yang sesuai diguna pakai untuk meransang minda bayi anda? Jom kita semak!

1. Permainan warna hitam dan putih 

Foto: Theasiaparent

Untuk pengetahuan anda, bayi yang berusia 0 hingga 1 bulan fungsi penglihatannya masih belum sempurna. Tahap penglihatannya adalah terhad iaitu kurang 6 inci daripada mukanya. Anda boleh menyediakan permainan yang mempunyai warna  kontras iaitu hitam dan putih sebagai permulaan permainan untuknya. 

Tetapi apabila bayi sudah berumur 2 bulan, kemahiran penglihatannya akan berkembang dan sudah boleh melihat pelbagai warna. Saat ini anda boleh membelikan permainan yang mempunyai warna terang seperti merah, biru dan kuning.

2. Mainan gantung

Foto: Mamanis

Sebenarnya mainan yang berwarna terang dan mengeluarkan bunyi-bunyian yang mampu menarik perhatian si manja. Mainan jenis ini dapat merangsang fungsi penglihatan dan pendengarannya.

Anda boleh menggantung mainan ini di atas katil bayi atau buai supaya boleh diraih oleh tangan. Permainan ini juga boleh membantu mengembangkan koordinasi gerakan tangan dan mata. Pastikan semua mainan gantung ini diperbuat daripada bahan yang lembut.

3. Permainan kain lembut

Foto; Simple For Kids

Permainan yang diperbuat daripada kain lembut adalah sangat sesuai untuk bayi anda. Ini kerana, ia tidak akan mencederakan kulit bayi yang sensitif. Biasanya permainan kain lembut ini merangkumi buku jenis kain dan anak patung kain.

Pastikan anda membeli buku kain yang tidak mempunyai banyak imej dan tidak mudah terkoyak. Lagi bagus sekiranya permainan tersebut mengeluarkan bunyi muzik yang boleh meransang deria pendengaran sekaligus memberi ketenangan buat si manja.

4. Blok warna-warni

Foto: Fisher

Apabila bayi anda sudah pandai meniarap ataupun duduk, anda boleh perkenalkan permainan bongkah mainan sama ada diperbuat daripada plastik ataupun kayu. 

Mainan ini akan melibatkan anak anda untuk menyusun bongkah yang dipisahkan menjadi satu model yang lengkap seperti kapal terbang, kereta, bangunan dan sebagainya. Permainan ini secara tidak langsung dapat meningkatkan keupayaan kognitif serta dapat mencipta daya kreativiti anak anda.

5. Gerakan fizikal

Foto; Motherhood

Anda juga boleh memperkenalkan permainan yang boleh merangsang perkembangan fizikalnya. Jadi, perkenalkan permainan yang lembut supaya ketika bayi meniarap dia akan menggerakkan badan, tangan dan kakinya untuk mencapai permainan yang diletakkan di hadapannya. Gerakan ini secara tidak langsung dapat merangsang mindanya untuk terus aktif dan cergas.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Majalah Pama, 123Mamanet

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Wed, 22 Jan 2020

Masa bersama suami aman tanpa gangguan anak, ini caranya!

Tiada lagi alasan untuk tidak bersama pasangan

familuv Wed, 26 Dec 2018

Diskriminasi Jantina, Punca Kematian 21 Juta Kanak-Kanak Perempuan Di India

Di India, anak perempuan sering dipandang sebagai beban kewangan.

familuv Sat, 19 Oct 2019

6 cara ajar anak jadi orang yang baik hati

Jangan biar anak jadi pembuli!

familuv Thu, 21 Feb 2019
familuv Thu, 20 Sep 2018
Cahaya Mata Thu, 12 Jan 2023

“Cinta Pertama Anak Perempuan Adalah Ayahnya” – Comelnya Gelagat Anak Izara Aishah Manja Bersama Adib Khalid!

Keletah comel anak kepada pelakon Izara Aishah, Irisa Alaia yang terlalu manja bersama bapanya, Muhammad Adib Khalid mencuri tumpuan. @izaraaishahofficialNo man will ever love her more than her baba. ♬ original sound – Umer baba […]

Cahaya Mata Fri, 4 Nov 2022

Comel! Nyanyian ‘Bukan Aisyah Bukan Siti Khodijah’ Si Cilik Ini Raih Perhatian, Siap Ada Slang Lagi!

Aksi seorang kanak-kanak perempuan mendendangkan lagu berjudul Bukan Aisyah Bukan Siti Khodijah tular di media sosial. Seorang warganet yang dikenali sebagai Firdaus Mokhtar berkongsi nyanyian anaknya, Ameenah dan ia mendapat perhatian ramai kerana kecomelan yang […]

Cahaya Mata Mon, 15 Aug 2022

Majlis Gender Reveal Mona Allen Dipersoal Ikut Budaya Barat?

Majlis gender reveal Mona Allen dan Pekin Ibrahim didakwa ikut budaya barat.

familuv Mon, 27 Aug 2018

Lidah Bayi Anda Ada Kesan Kotoran Putih? Ikuti Cara-Cara Pembersihan Ini

Ia mesti dibersihkan, supaya bakteria tak membiak!

Cahaya Mata Fri, 23 Dec 2022