Featured By: Yanie Baharom November 22, 2019 @ 7:50pm

12 tanda hendak bersalin. Kalau rasa, jangan lengah ya!

Lazimnya, apabila usia kandungan sudah mencecah 37 minggu bererti keadaan bayi sudah cukup matang untuk dilahirkan.

Ada wanita yang melahirkan awal dua minggu dan ada pula yang lewat seminggu atau dua minggu. Keadaan ini sebenarnya normal kerana ada kalanya perkiraan yang diberikan mengenai tempoh kandungan tidak tepat terutama apabila tersilap tarikh kedatangan haid terakhir.

Bagaimanapun, kes yang dilalui seorang sahabat penulis, Datin Mya Zara, yang baru saja menimang cahaya mata pertama selepas melalui 41 bulan kehamilan agak unik. Situasi seperti ini biasanya diklasifikasikan sebagai kelahiran lewat (overdue).

Menerusi perkongsian Mya, dia tidak mengalami sebarang kontraksi atau merasa sakit. Berikutan itu, doktor yang mengendalikan kesnya memberi cadangan supaya dia melalui proses bersalin secara pembedahan Ceasarian.

Kes ini menarik perhatian penulis untuk berkongsi kepada umum terutama wanita yang pertama kali bakal bergelar ibu, beberapa tanda yang akan dialami si ibu apabila sudah sampai waktunya untuk melahirkan anak. 

12 tanda si ibu menghampiri waktu bersalin!

1. Kandungan menurun

Dalam minggu-minggu terakhir sebelum bersalin, kebanyakan bakal ibu akan mengalami keadaan yang unik apabila kandungan bergerak turun ke bahagian bawah perut anda sebagai persediaan untuk bersalin.

Sesetengah ibu hamil akan mengalami tanda ini sama ada dalam tempoh empat minggu atau dua minggu sebelum bersalin.

Bagi wanita yang pernah bersalin sebelum ini, anda tidak akan melalui proses ini kerana otot pelvis sudah merenggang.

2. Menggigil seluruh badan

Ada bakal ibu yang mungkin akan menggigil pada waktu malam, walaupun ketika tidak sejuk. Sebenarnya, itu tanda badan sedang melepaskan tekanan atau mungkin terlalu gementar menunggu tarikh bersalin.

Bagi mengatasi keresahan itu, lakukan senaman yang bersesuaian dengan ibu mengandung. Pasti si ibu akan kembali tenang.

3. Kerap buang air kecil

Kerap ke tandas, tetapi buang air dalam kuantiti yang sedikit. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh kedudukan kepala bayi yang semakin hampir dengan tulang pinggul dan pundi kencing bakal ibu.

4. Sakit belakang

Memandangkan penulis juga adalah seorang ibu, maka proses bersalin ini bukanlah sesuatu yang baru, namun rasa sakit pada bahagian punggung dan belakang badan adalah fasa sebelum bersalin yang paling menyeksakan.

Keadaan ini disebabkan kandungan yang semakin berat dan bayi mula menurun ke pintu pelvis, sekali gus membuatkan rahim dan ligamen pelvis semakin merenggang.

Foto: Parents

5. Sukar untuk tidur

Jika bakal ibu berasa sukar untuk tidur, itu adalah normal. Semakin dekat waktu bersalin, tidur semakin kurang nyenyak. Ada juga yang mungkin berasa kurang selesa ketika waktu tidur kerana kedudukan perut yang kian membesar.

6. Kontraksi Braxton-Hicks yang menyakitkan

Pernahkah anda mengalami keadaan kaki terasa seolah-olah hendak tercabut ketika berjalan? Kalau anda juga mengalami simptom yang sama seperti penulis, itu bererti anda mengalami kontraksi Braxton-Hicks.

Braxton-Hicks sering dipanggil sebagai kontraksi palsu, tetapi pesakit akan berasa sakit pada bahagian perut dan pinggul akibat pengecutan perut.

Dalam keadaan ini, rasa sakit datang dalam tempoh tertentu dan hilang dengan sendiri. Walaupun kesakitannya tidak sama seperti kontraksi sebenar ketika bersalin, kontraksi ini boleh berlangsung sehingga 120 saat!

7. Susut berat badan

Ada bakal ibu yang akan mengalami penurunan berat badan pada trimester ketiga. Mungkin tidak semua mengalaminya, namun ini antara tanda waktu bersalin semakin hampir!

8. Loya dan cirit-birit

Hormon kelahiran akan mengakibatkan bakal ibu rasa tidak selesa pada bahagian perut. Ada beberapa sebab mengapa perut anda seolah-olah meragam dengan teruk.

Antara sebabnya adalah kerana badan ingin mengosongkan usus dan memberi ruang kepada bayi.

Jadi jangan panik sekiranya anda mengalami cirit-birit atau loya kerana bahagian bawah abdomen (bahagian usus) mula ‘bekerja’.

9. Keluar lendir daripada vagina

Ada bakal ibu mungkin akan mengalami lendir berwarna putih dan merah jambu (berserta telur) keluar daripada vagina dengan banyak.

Lendiran ini mungkin berbeza daripada lendiran darah. Ini merupakan satu daripada tanda-tanda hendak bersalin.

10. Lendir berdarah

Ketika hamil, bahagian serviks bakal ibu dilindungi lendiran yang tidak mengalir, namun apabila proses bersalin semakin dekat, bayi juga mulai menghampiri pintu pelvis dan kontraksi mengakibatkan lendiran yang terkunci ini terbuka.

Oleh itu, bakal ibu akan melihat banyak lendiran bercampur darah keluar daripada vagina. Jika lendiran bercampur darah ini semakin banyak, seolah-olah anda datang haid, hubungi doktor dengan segera!

11. Rasa amat letih 

Pada akhir fasa mengandung, bakal ibu akan berasa amat letih sehinga apa saja yang dilakukan tidak membantu.

Anda akan berasa sukar untuk bergerak, selain kurang selera makan dan sukar tidur. Fasa ini memerlukan bakal ibu kerap minum susu. Paling baik amalkan madu dan makan buah tamar untuk bekalan tenaga.

Foto: Parents

12. Air ketuban pecah

Jika air ketuban sudah pecah, segera ke hospital. Biasanya wanita akan mengalami kontraksi teruk apabila keadaan ini berlaku!

Bagaimanapun, lain wanita lain pula pengalaman mereka. Ada wanita yang berasa kesakitan sebelum ketuban pecah, tetapi ada juga wanita mengalami kontraksi selepas air ketuban pecah!

Akhir kata dan ini pesanan penting buat bakal ibu, jika sudah merasai satu daripada tanda yang dinyatakan jangan berlengah terus saja ke hospital. Bimbang nanti terjadi sesuatu yang tidak diingini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 27 Apr 2020

Terlontar di Serada, Nysakapas bangkit mula langkah baru!

Keluar masuk kedai demi ilmu batik terap

Featured Mon, 8 May 2023
Featured Mon, 10 Jan 2022

Omicron Petanda Covid-19 Bakal Berakhir Ramal Pakar

Varian terbaru Covid-19, Omicron mungkin menjadi petunjuk pandemik Covid-19 yang telah melanda dunia selama lebih dua tahun akan berakhir dalam tahun ini kata seorang pakar pernafasan di Hospital Vichaiyut Bangkok, Thailand. The Nation Thailand melaporkan, […]

Featured Wed, 12 Apr 2023
Featured Sat, 24 Sep 2022

Jelita Gayakan Busana Serba Putih, Penampilan Anak Azhar Sulaiman Dikritik Lagi – “Minah Saleh Pun Tak Berani Nak Pakai…”

Biarlah dia… dengar kata London pun macam kat Malaysia sekarang ni. Cuaca okay-okay je.