Categories: familuvFeatured

Anak tak makan sayur? Jom ikut strategi comel ibu tiga anak ini

Anak tidak gemar makan sayur atau buah adalah cabaran lazim yang dihadapi ibu bapa. Pengambilan sayur dan buah amat penting kerana ia mengandungi pelbagai vitamin serta kebaikan yang mampu memberikan nutrisi yang sihat kepada tubuh.

Pengurangan pengambilan makanan yang sihat mampu menjejaskan perkembangan minda dan kesihatan anak. Sehubungan itu, ibu bapa perlu mencari solusi serta idea bagi menggalakkan anak mereka untuk makan makanan yang sihat.

Ibu kepada tiga cahaya mata, Hasnawati Yahaya yang turut mempunyai masalah yang sama mengambil pendekatan dengan menghasilkan seni bento yang comel untuk bekal makanan sihat kepada anaknya.

Wanita berusia 38 tahun itu mengubah sayur dan buah menjadi seni persembahan makanan yang sangat mengujakan bagi menarik perhatian serta selera anaknya. Ternyata, strategi Hasnawati berjaya menggalakkan anaknya untuk makan makanan sihat yang disediakan.

Menghias makanan dengan karakter kartun, haiwan, tumbuhan dan pelbagai lagi bentuk yang sangat comel, Hasnawati mendapat idea dan inspirasi tersebut daripada personaliti Jepun yang hebat dalam seni bento iaitu Tomomi Maruo.

Jom lihat antara hiasan makanan yang dihasilkan Hasnawati. Memang comel dan kreatif!

Memang banyak lagi seni hiasan makanan yang menarik dihasilkan Hasnawati. Semuanya cantik dan sayang nak makan. Jika anda ingin melihat lebih banyak lagi, boleh layari laman Instagram BentobyMe @hasnawati_yahaya.

Ad Ops