Categories: familuvFeatured

Anak Tak Nak Makan Sayur? Buat Trik Homemade Sosej Ayam Sayur Ini

Bila anak dah pandai memilih jenis makanan, pastinya menjadi satu cabaran kepada ibu bapa. Yela, tak semua makanan yang dihidangkan mereka nak makan! Paling tak suka makan adalah sayur, betul tak?

Kadang-kadang para ibu buntu fikirkan bagaimana cara untuk anak makan sayur yang bermanfaat untuk tumbesaran mereka.

Jangan risau, mungkin anda boleh mencuba trik homemade sosej ayam sayur ini sebagai alternatif untuk ‘sembunyikan’ sayur daripada pandangan anak anda. Proses membuatnya tidaklah terlalu susah, tapi rasanya memang sedap. Jom semak resepi ini!

Bahan-bahan yang diperlukan

  • 4 hingga 5 ketul dada ayam
  • 2 biji telur
  • Lobak dan daun sup. Anda boleh guna apa-apa jenis sayur sekalipun.
  • 1 biji bawang besar
  • 4 hingga 5 ulas bawang putih
  • 4 sudu tepung ubi
  • Sedikit lada hitam
  • Sedikit lada sulah
  • Garam secukupnya

Cara-cara membuatnya

1. Campurkan semua bahan di atas dan kisar hancur menggunakan mesin pengisar. 

2. Setelah itu, masukkan bahan-bahan tersebut ke dalam plastik ais krim dan ikat pada hujung kiri dan kanan.

3. Setelah selesai, panaskan air rebusan dan rebus selama 10 hingga 15 minit. Anda juga boleh guna teknik mengukus. 

4. Goreng jika nak makan dan selebihnya boleh simpan di dalam peti sejuk.

Siap! Mudah saja kan? Tak perlu lagi membeli sosej yang dijual di pasar raya lagi, anda sendiri boleh membuat sosej yang sedap dan berkhasiat! Pasti anak anda sukakannya.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Facebook

tex_admin