Categories: FeaturedOh Lawa

Beg rotan, aksesori klasik moden serlahkan si pemakai

Jika sebelum ini seni kraf anyaman rotan popular sebagai barangan kraf tangan untuk hiasan rumah seperti kotak tisu, bakul, kotak serbaguna dan beg kain, namun seni anyaman rotan kini mencapai revolusi baharu dalam dunia fesyen global.

Kredit gambar: Moi-Meme

Seni anyaman rotan ditambah baik menjadi aksesori beg yang cantik dan unik sebagai pelengkap busana. Keunikan beg yang memiliki ciri-ciri rekaan kontemporari itu kini menjadi pilihan ramai wanita moden di seluruh dunia.

Seni beg yang dihasilkan dengan tangan itu bukan sahaja halus dan teliti pembuatannya, malah mempunyai daya tarikan yang unik dengan corak dan motif yang dihasilkan.

Kredit gambar: Bolsas Divertidas

Jika sebelum ini beg tangan wanita yang diperbuat daripada rotan itu dianggap sebagai aksesori ketika berkunjung ke pantai, namun dengan gabungan rekaan moden dan penggunaan teknologi canggih, seni kraf itu kini boleh digayakan di mana-mana sahaja seperti ke pejabat, majlis-majlis fesyen, pusat beli-belah, majlis perkahwinan, acara sosial dan banyak lagi.

Kepelbagaian pilihan beg anyaman rotan meliputi beg tangan, beg galas, beg selempang, beg genggam dan pelbagai lagi kini didatangkan dengan variasi bentuk, saiz dan warna yang menarik.

Kredit gambar: Carousell

Lebih mengujakan, beg anyaman rotan turut menampilkan sisi eksklusif dengan menggabungkan penggunaan fabrik, kulit dan polyvinyl chloride (PVC) di samping aksesori tambahan untuk gaya yang lebih menawan.

Pemakaian beg rotan yang sentiasa relevan amat sesuai dan mudah digayakan dengan apa jua jenis pakaian sama ada kasual mahu pun rasmi.

Kredit gambar: Glamour

Seperti beg daripada bahan lain, beg rotan juga memerlukan penjagaan yang betul. Berikut adalah cara menjaga beg rotan supaya tahan lama.

1. Beg rotan tidak boleh diletakkan di tempat yang lembap dan basah bagi memelihara anyaman rotan pada beg.

Kredit gambar: Shopee

2. Elakkan menjemur beg di bawah cahaya matahari terik.

3. Simpan beg dalam karung beg selepas digunakan bagi melindungi beg daripada berhabuk.

4. Jika terdapat kotoran melekat pada beg, cuci menggunakan berus lembut sahaja.

Jom lihat foto-foto gaya unik dan menawan beg daripada rotan yang boleh memberi inspirasi kepada gaya fesyen wanita masa kini.

Kredit gambar: Instagram Viory Skirt

Kredit gambar: Bukalapak

Kredit gambar: Picuki.com

Kredit gambar: Just Trendy Girls

Kredit gambar: Google Sites

Kredit gambar: PopSugar

Kredit gambar: Pinterest

Kredit gambar: The Weekly Cut

Ad Ops