Categories: Eat TravelFeatured

Cipta keseronokan sepanjang PKP dengan percutian kreatif ini

Bagi mereka yang gemar melancong, bercuti atau melakukan aktiviti luar, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan bermula 18 Mac hingga 14 April 2020 pasti menimbulkan sedikit rasa bosan pada diri.

Mungkin ada segelintir yang sudah merancang percutian sempena cuti sekolah baru-baru ini dan terpaksa membatalkan tiket penerbangan ekoran tiada aktiviti luar dibenarkan sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

Tindakan itu diambil sebagai langkah bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19 yang kini mencatat sebanyak 26 kematian setakat 27 Mac, 5.00 petang.

Bagaimanapun, sebagai rakyat Malaysia yang mematuhi arahan, tidak semestinya anda tidak boleh mencipta keseronokan sepanjang berada di rumah.

Perkongsian kumpulan Facebook Family Camping Malaysia dan H&n Campsite, baru-baru ini memaparkan beberapa individu berkongsi gambar aktiviti perkhemahan yang dilakukan di rumah.

Kredit gambar: Facebook Rozita Adha

Kredit gambar: Facebook WiNz Zuhrin Azam

Kredit gambar: Facebook Sharul Ejump

Kredit gambar: Facebook Amir Adenan

Kredit gambar: Facebook Razak Kadir

Kredit gambar: Facebook Chan Wuai On

Aktiviti perkhemahan yang kebiasaannya dilakukan di hutan, sungai atau kawasan rekreasi kini boleh menjadi satu aktiviti riadah yang menarik untuk dilakukan bersama keluarga di rumah.

Kredit gambar: Facebook Hanafizar Napi Atan

Kredit gambar: Facebook Irene Teh Ooi

Kredit gambar: Facebook Aziz Asrar

Kredit gambar: Facebook Abdul Rahman Mann

Selain memasang khemah di dalam rumah atau di luar perkarangan rumah, pemasangan hammock (buaian gantung), melakukan aktiviti barbeku dan memasak di luar rumah ternyata memberi pengalaman seperti melakukan perkhemahan sebenar.

Kredit gambar: Facebook Zulkim Zulkifli

Kredit gambar: Facebook KC Ng KC

Kredit gambar: Facebook Zyan Raef

Kredit gambar: Facebook Pok Deng

Perkhemahan kreatif di rumah bukan sahaja memberikan keseronokan terutama buat anak-anak, malah aktiviti sebegini juga mampu mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Justeru, jangan sekat keseronokan anda sepanjang tempoh PKP. Ingat, duduk rumah dan jaga kesihatan serta kebersihan diri.

Kredit gambar: Facebook Rahim Dida

Kredit gambar: Facebook Noor Erleza Abdul Rashid

Kredit gambar: Facebook Amie ShaRp

Kredit gambar: Facebook KA Ramli

Kredit gambar: Facebook Muhammad Afham Azmin

Kredit gambar: Facebook Nurul Farahanna Zaidi

Kredit gambar: Facebook Mujahid Alias

Kredit gambar: Facebook Roslan Majid

Kredit gambar: Facebook Suee Ismail

Ad Ops