Categories: FeaturedSihat

Doktor Ini Kongsi Kenapa Rokok Bahaya Kepada Janin

Mungkin ramai daripada anda yang dah tahu bahaya jika anda merokok ketika hamil. Sebab itulah ketika hamil anda disarankan untuk berhenti merokok. Merokok juga mampu mengancam nyawa anda mahupun bayi dalam kandungan!

Tapi, sejauh mana tahap kesedaran ini? Mungkin ada dalam kalangan anda yang memandang remeh tentang perkara ini. Janganlah begitu, sayangilah bayi dalam kandungan dan diri anda sendiri. 

Foto: Prenagen

Menurut Dr. Muhammad Izzat, rokok akan merencatkan oksigen dan nutrisi penting untuk sampai kepada bayi melalui gangguan pada fungsi placenta. Merokok juga dapat mendatangkan risiko seperti:

  1. Keguguran.
  2. Kehamilan luar rahim.
  3. Bayi meninggal secara tiba-tiba dalam kandungan atau sejurus sahaja lepas dilahirkan (sepertiga bayi yang meninggal sejurus selepas dilahirkan dikaitkan dengan ibu yang merokok).
  4. Bayi dilahirkan dengan kecacatan biasanya masalah sumbing bibir atau lelangit.
  5. Masalah tumbesaran dalam rahim (bayi kecil dan bermasalah).
  6. Uri lekang (placenta abruption).
  7. Risiko kelahiran bayi pramatang (tak cukup bulan).

Selain itu, walaupun bayi telah selamat dilahirkan, anda jangan fikir bahawa bayi anda tidak berisiko ya! Untuk pengetahuan anda, bayi yang dilahirkan oleh ibu yang merokok juga akan berisiko dengan beberapa penyakit yang lain.

Foto: PermataCintaku

Lebih-lebih lagi kalau ibu tersebut sambung merokok selepas bersalin. Antara risiko yang akan dihadapi oleh bayi tersebut adalah seperti sindrom bayi mati mengejut (SIDS), asthma, jangkitan kuman pada peparu dan masalah tingkah laku seperti Attention deficit hyperactivity disorder (ADHD).

Kesimpulannya, dengan berhenti merokok dan jauhkan diri dari asap rokok, semua risiko di atas dapat dikurangkan. Lindungilah diri anda dan bayi dalam kandungan. Sebelum merokok, fikirkanlah orang-orang tersayang serta kesan buruknya.

Sumber: Twitter

tex_admin