Categories: FeaturedSihat

Jerawat Belakang Badan Ganggu Emosi Anda? Ikut Saja Tip Mudah Ini

Jerawat bukan sahaja boleh menyerang pada kulit wajah kita, malah ia juga boleh merebak di bahagian dada dan belakang badan kita. 

Kewujudan jerawat ini ternyata memberi kesan kepada penampilan kita. Untuk pengetahuan anda, banyak sebab kenapa jerawat tumbuh pada bahagian belakang badan. Salah satunya adalah disebabkan faktor hormon yang tidak menentu. 

Foto: Health Jade

Bagi anda yang alami masalah ini janganlah stress, sebab ada jalan penyelesaiannya! Jom kita semak.

1. Kerap mandi untuk menghilangkan kesan peluh dan kotoran pada badan.

2. Gunakan sabun anti-bakteria yang sesuai dengan kulit anda.

3. Sekiranya, anda seorang yang kerap berpeluh, pastikan ada kerap menukar pakaian anda.

4. Pilih pakaian yang diperbuat daripada bahan-bahan yang sejuk dan menyerap peluh.

5. Apabila jerawat belakang badan anda sudah kering dan bersih, amalkan skrub setiap minggu. Ini bertujuan untuk mengikis dan membuang sel-sel kulit mati.

6. Sila jaga pemakanan anda. Elakkan daripada makan makanan yang berminyak dan tidak sihat untuk kulit.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Hijabista

tex_admin