Categories: FeaturedGaya Hidup

Kakinya Ada Insuran Okay? Itu Antara 5 Fakta Yang Perlu Anda Tahu Tentang Rihanna

Robyn Rihanna Fenty.  Nama yang diberikan kepada penyanyi asal Barbados ini. Gayanya yang carefree, stailnya yang bold serta melodi yang catchy dan rancak seperti Umbrella dan Don’t Stop the Music, nama Rihanna kini sudah bersinonim dengan industri muzik antarabangsa.

Kehidupan penyanyi berumur 30 tahun ini sering menjadi ikutan ramai, bukan sahaja kerana paparazzi yang senantiasa mengikut setiap gerak-geri beliau, ia juga kerana Rihanna aktif dalam media sosial seperti Instagram dan Snapchat.

Namun demikian, ada beberapa perkara yang anda tidak tahu tentang penerima Anugerah Grammy ini dan 5 fakta itu sangat menarik!

1. Pengaruh Jay-Z dalam arena muzik memainkan peranan besar pada permulaan kerjaya Rihanna.

Foto : Littlewoods Ireland

Rihanna berhijrah ke Amerika Syarikat dengan impian untuk menjadi seorang penyanyi. Tuah empunya badan, beliau dikenalkan dengan Jay-Z, tidak lain tidak bukan seorang rapper dan penerbit bertaraf antarabangsa juga suami kepada penghibur terkemuka Beyonce Knowles! Jay-Z begitu terpegun dengan bakat dan potensinya, Rihanna was signed there and then!

2. Rihanna pernah memenangi pertandingan ratu cantik.

Foto : UK Mix

Walaupun beliau tidak menamatkan sekolah menengah kerana menembusi bidang muzik ketika berumur 16 tahun, Rihanna pernah dinobatkan sebagai ratu cantik sekolahnya, dan bergelar Miss Combermere pada tahun 2004. Beliau mendendangkan lagu Mariah Carey yang berjudul “Hero”, dan sekali gus memenangi pertandingan tersebut.

3. Beliau penyokong besar hak wanita

Ketika temu bual bersama Elle, Rihanna berkata, “Saya beranggapan bahawa wanita mahukan kebebasan, mereka mahukan cinta dan kasih sayang, mereka mahukan segala yang saya mahukan dan saya tidak segan untuk memberitahu apa yang saya ingini serta bertindak ke atasnya.” Beliau mempunyai tatu dewi Mesir, Isis yang melambangkan neneknya. “Isis merupakan dewi Mesir yang mengajar wanita untuk menjadi seorang yang versatil dan menyeluruh”, sambung Rihanna dengan tegas.

4. Kedua-dua kaki Rihanna berinsuran.

Foto : Trend Hunter

Tahukah anda, Rihanna telah menginsurankan kedua-dua belah kakinya sebanyak USD1 juta? Idea ini dibuahkan sejurus menerima anugerah Venus Breeze Celebrity Legs of a Goddess oleh Gilette pada tahun 2007.

5. Negera asalnya, Barbados mempunyai cuti umum khas bagi meraikan Rihanna!

Semenjak tahun 2008, setiap 22 Febuari, Barbados meraikan Hari Rihanna untuk meraikan kejayaan kerjayanya serta kemahsyuran Rihanna yang secara tidak langsung melonjakkan status Barbados di pentas dunia. 22 Febuari juga merupakan hari kelahiran Rihanna.

Sumber : Glam Malaysia

Yanie Baharom