Featured By: Yanie Baharom March 30, 2020 @ 6:00pm

Leher menggelembung sejak lahir, itu tandanya bayi menghidap cystic hygroma

Kisah adik Nur Falisya Mardina Fahme Ridzuan atau Icha pernah mencuri perhatian masyarakat negara ini, tahun lalu.

Penderitaan bayi perempuan yang menghidap penyakit cystic hygroma iaitu gejala abnormal pada leher atau kepala bayi itu mendapat liputan meluas media sekali gus berjaya mengumpul dana hasil sumbangan masyarakat untuk membolehkan bayi itu menjalani pembedahan, pada Oktober lalu.

Kini Icha yang memasuki usia dua tahun tiga bulan, dikhabarkan dalam keadaan sihat dan ceria. 

Foto: Keluarga

Namun begitu, pasti ramai yang belum begitu memahami mengenai gejala penyakit cystic hygroma ini.

Cystic hygroma berlaku apabila sistem limfatik tersumbat sehingga menjadi sista atau kantung berisi cecair. Sistem limfatik adalah rangkaian organ dan tisu yang membantu menggerakkan cecair melalui badan dan mengangkut sel darah putih.

Kehadiran satu atau lebih sista yang cenderung berkembang dari masa ke masa itu boleh menyebabkan pembentukan gelembung besar pada bahagian leher dan juga kepala.

Gangguan itu lazimnya berlaku ketika bayi masih dalam kandungan ibu, iaitu antara minggu kesembilan dengan ke-16, namun boleh juga muncul selepas bayi dilahirkan dan menyebabkan bayi dalam kesakitan.

Apakah yang menyebabkan cystic hygroma terbentuk?

– Jangkitan virus dari ibu kepada bayi ketika kehamilan

– Pendedahan pada dadah atau alkohol ketika ibu hamil

– Bayi mempunyai penyakit genetik yang biasanya disebabkan kelainan kromosom

– Sindrom Turner yang berlaku di mana anak perempuan mempunyai satu kromosom X dan bukan dua.

– Trisomi 13, 18 atau 21, iaitu keadaan apabila kanak-kanak mempunyai salinan tambahan kromosom.

– Sindrom Noonan, gangguan yang disebabkan mutasi dalam satu daripada tujuh gen tertentu.

Dalam sesetengah kes, doktor tidak akan mengeluarkan sista itu jika bersifat benigna (bukan kanser) kerana enggan merosakkan mana-mana tisu yang sihat.

Sebaliknya, teknik lain diguna untuk mengecilkan cystic hygroma misalnya;

  1. Sclerotherapy yang membabitkan suntikan ubat ke dalam cecair
  2. Kemoterapi
  3. Terapi radiasi
  4. Ubat steroid

Namun begitu, ibu bapa dinasihatkan untuk tidak menyucuk cecair ini kerana dibimbangi boleh menyebabkan pendarahan teruk dan membawa jangkitan kuman.

Semoga bermanfaat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 10 Sep 2023
Featured Thu, 1 Sep 2022
Featured Tue, 25 Oct 2022

“Kau Tak Tahu Nikmat Bercium Tu…” – Gelagat Ibu ‘Bibir Shaming’ Anak Sendiri Buat Netizen Pecah Perut

Seorang pemuda bernama Azhan Mohd Jafri mengundang tawa warganet dengan gelagatnya bersama ibu tular menerusi sebuah video di TikTok. Video berdurasi 18 saat yang tular di TikTok memperlihatkan dirinya sedang menerima kutukan (body shaming) daripada […]

Drama Wed, 24 Aug 2022
Featured Tue, 23 Mar 2021

Bantuan 4,000 Peranti Kepada Pelajar B40 – Menteri Pengajian Tinggi

Menerusi Inisiatif Pakej Pelan Data dan Peranti, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengagihkan kira-kira 200,000 pelan data dan 4,000 peranti kepada pelajar kumpulan B40 bagi membantu mereka mendapat akses kepada pendidikan berkualiti semasa pandemik. Menterinya, […]

Featured Thu, 12 Jan 2023
Featured Mon, 21 Aug 2023

Khai Bahar Sebak Fikir Keadaan Ibu, ‘Malas’ Ambil Serius Isu Fitnah & Kontroversi

Sebaknya! Ibu tiada duanya dalam dunia ni tau😭😭😭😭

Featured Wed, 16 May 2018

Anda Dengar Perkataan “Laurel” Atau “Yanny” Dalam Video Yang Telah Viral Ini? Jom Undi

Ingat tak perbalahan di media sosial mengenai sehelai dress, sama ada ia berwarna biru atau putih? Samalah juga.