Categories: FeaturedGaya Hidup

Mengenakan bengkung sambil melakukan senaman tarian, berpeluh sakan dibuatnya!

Pernahkah anda melakukan senaman tarian seperti zumba sambil memakai bengkung? 

Kalau mengenakan baju sauna, mungkin perkara itu sudah menjadi kebiasaan.

Penulis tertarik untuk memperkatakan mengenai aktiviti Beby Dollz Salsation yang penulis sertai hujung Sabtu lalu.

Program yang diadakan di Fitspace66, Plaza Jelutong, Bukit Jelutong, Shah Alam itu dikendalikan oleh Elute Instructor, Aiza Soad. 

Apa yang menyeronokkan mengenai aktiviti berkenaan, sambil melakukan senaman tarian Salsation iaitu sejenis zumba yang mempunyai unsur tarian salsa dan tarian pop, 30 peserta program itu turut diberikan bengkung secara percuma oleh pemiliknya, Ketua Pegawai Eksekutif Slimdollz Trading Sdn Bhd yang juga pencetus acara itu, Beby Maembong.

 

Jujur, penulis berpeluh dua kali ganda berbanding melakukan zumba biasa, malah tidak merasa bebanan atau kesulitan langsung ketika melakukan aktiviti ini. 

Beby Maembong atau nama sebenarnya, Nurliani Ismail, 29, ialah usahawan wanita viral yang cukup popular di laman sosial Instagram dengan jumlah pengikut 287,000. 

 

 

“Kebiasaannya kita lihat, orang memakai baju sauna ketika bersenam. Saya ingin mengubah budaya itu dengan mengenengahkan pemakaian bengkung Slimdollz menerusi aktiviti senaman Beby Dollz Salsation ini, iaitu sejenis senaman zumba terbaru di Malaysia.

“Melaluinya, saya ingin menyampaikan mesej bahawa pemakaian bengkung Slimdollz dengan 16 tetulang ketika bersenam bukan saja selesa tapi juga selamat digunakan,” katanya.

Selain itu, Beby berkata, pihaknya juga ingin melihat sejauh mana keberkesanan pemakaian bengkung Slimdollz itu ketika bersenam. 
Misalnya, adakah ukuran pinggang peserta akan mengecil beberapa inci ketika digunakan atau sebaliknya.

“Memandangkan tempoh satu jam bersenam juga satu jangka masa yang agak panjang terutama bagi mereka yang pertama kali menyertai program ini, saya bersama pasukan turut menyediakan BebyDollz iaitu minuman tambahan yang berupaya membekalkan tenaga tatkala melakukan aktiviti ini selain dapat membakar lemak dengan cepat. 

“Saya juga ingin memberi makluman kepada umum, untuk kita kekal cantik dan mendapatkan tubuh yang ramping serta sihat, perlu bermula dengan amalan hidup sihat. 

“Untuk memulakannya perlukan sedikit usaha. Amalkan pemakanan sihat untuk kesihatan dalaman dengan mengamalkan minuman tambahan Bebydollz, lakukan senaman untuk dapatkan tubuh yang sihat dan pakai bengkung Slimdollz untuk memperoleh bentuk badan yang cantik dan ramping!. Wanita bila cantik luar dalam, keyakinan diri secara secara tidak langsung akan terserlah,” katanya.  

Akui Beby, sebelum ini beliau juga pernah mengalami masalah berat badan yang menyebabkan beliau hilang keyakinan diri.

Bagaimanapun, siapa sangka amalan memakai bengkung dan menjaga pemakanan dengan mengambil minuman tambahan, ibu kepada empat cahaya mata itu berjaya memperoleh bentuk badan langsing dengan ukuran pinggang 22 inci sekali gus memegang rekod pinggang ramping Allahyarham Puan Sri Saloma. 

Bagi Beby, segalanya tiada yang mustahil selagi kita berkeinginan! 

Rakaman foto sekitar majlis

 

 

 

 

 

Jurugambar: Aziah Azmee – NSTP

Yanie Baharom