Categories: FeaturedSihat

Jangan Panas Nasi Berulang Kali Kalau Tak Nak Kesan Sampingan Pada Kesihatan

Sudah menjadi kebiasaan ramai untuk masak nasi lebih dan disimpan sedikit untuk dipanaskan semula bagi memudahkan rutin harian yang padat.

Tapi tahukah anda bahawa nasi yang dipanaskan berulang kali mungkin akan mendatangkan mudarat pada tubuh?

Anda berkemungkinan akan mengalami masalah sakit perut akibat keracunan makanan yang berpunca daripada makan nasi yang dipanaskan berulang kali.

Namun, menurut pakar pemakanan, kaedah pemanasan berulang bukanlah masalah utama sebenarnya, tetapi adalah cara nasi disimpan setelah dimasak buat pertama kali.

Ini adalah kerana, beras yang belum dimasak mengandungi spora (sel yang boleh membiak dengan cepat) Bacillus cereus – bakteria yang boleh mengakibatkan keracunan makanan – yang boleh bertahan hidup apabila beras dimasak.

Jika nasi yang sudah dimasak dibiar terdedah pada suhu bilik, spora tadi akan membiak menjadi bakteria yang akan terus berganda dan mengeluarkan toksin yang menyebabkan muntah dan cirit-birit.

Semakin lama nasi yang sudah dimasak dibiarkan pada suhu bilik, semakin meningkat risiko nasi itu tidak selamat untuk dimakan. Adalah sangat penting untuk anda menyimpan nasi dengan cara yang betul secepat mungkin sekiranya anda berniat untuk memanaskannya semula.

Foto : Iluminasi

Sumber : Jelita

Yanie Baharom