Featured By: Yanie Baharom November 9, 2018 @ 6:00pm

One Step Closer – Fasha Sandha Didakap Bahagia…

Bagai menyaksikan pengantin perempuan berhias di hari bahagianya, begitulah momen tercipta saat pelakon hebat ini
menyarungkan gaun perkahwinan rekaan Rizman Ruzaini.

Cantik dan cukup jelita! Lengkap berinai putih dijari, Nur Fasha Sandha Hassan (Fasha), 34, selaku wajah Figura November
memberi bayangan seolah-olah hari bahagianya bakal menjelang tidak lama saja lagi…

Apakah benar pertengahan November menjadi pilihannya dan buah hati Aidil Aziz untuk mengikat tali pertunangan sebagaimana
desas-desus yang bertebaran?

Ikuti temubual selanjutnya bersama award winning actress ini bersama www.hijabnheels.com.

H&H: Semakin berseri-seri Fasha sekarang ini, skala kebahagiaan yang dirasakan ketika ini?

Fasha: Berseri-seri ke? Rasa macam biasa saja. Skala kebahagiaan? Dari dulu lagi saya bahagia dan tak pernah tak bahagia.

Selama ini teramat bahagia bersama anak-anak, Alhamdulillah!

H&H: Khabarnya Aidil sudah melamar anda?

Fasha: Saya tidak nafikan Aidil ada melamar dan berhasrat untuk memperisterikan saya. Tapi adakalanya saya dihimpit perasaan bercelaru, saya tidak pasti dengan perasaan ini. Mungkin saya sudah terbiasa berdikari.

Ada ketikanya saya rasa bersedia untuk berkahwin sekali lagi, adakalanya saya suka dengan keadaan saya sebagai ibu tunggal. Apapun, apa juga keputusan yang akan dibuat tentunya untuk kebahagiaan anak-anak dan mengharapkan yang terbaik untuk kehidupan yang baru ini.

H&H: Khabarnya November bulan paling sibuk buat Fasha? Ada perancangan acara besar khabarnya sebaik pulang dari Wales nanti, betul ke?

Fasha: Haha! Tunggu pengumuman rasmi daripada saya. Apabila tiba harinya nanti, saya pasti akan berkongsi dengan umum dan tak akan berahsia. Sebab manusia hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan. The best is doakan yang baik-baik ya!

H&H: Rumours bertebaran, hari bahagia anda just around the corner. Jejai bekas suami anda juga sempat mengucapkan tahniah sekitar bulan lalu. Betul ke Fasha bakal mengikat tali pertunangan dengan Aidil Aziz sekitar pertengahan bulan ini?

Fasha: Saya yakin Rizal berniat baik, hanya untuk ucap tahniah, tapi sebaiknya biar saya dan Aidil yang mengumumkan tentang hari bahagia kami. Sekiranya berlaku, kenyataan dibuat bukan daripada bekas suami saya. 

H&H: Perkara-perkara yang Aidil lakukan yang membuatkan anda dan anak-anak berasa bahagia?

Fasha: Pengorbanan dari segi masa dan perhatian dari Aidil buat saya dan anak-anak, amat saya hargai. Walaupun ada ketikanya dia sibuk shooting dan menguruskan perniagaannya, dia sentiasa berusaha mencari masa untuk kami.

Dia juga sangat pandai menjaga dan mengambil hati anak-anak saya iaitu Putra Rayfal Ramli, 5 dan Putri Raysha Jemaima, yang akan memasuki 4 tahun November ini.

Selain itu, Aidil juga sangat menghormati keluarga saya.

H&H: Anda adalah contoh wanita berstastus ibu tunggal yang independent dan nampak sepertinya tidak memerlukan lelaki. Tetapi bagaimana Aidil bisa membuatkan anda berkata yes?

Fasha: Saya setuju ibu tunggal lebih berdikari dan tidak perlukan lelaki sebenarnya! Saya juga sentiasa berfikiran
sebegitu.

Namun kenapa saya terbuka hati untuk Aidil, ini kerana dia seorang lelaki yang baik, ada pegangan agama, kuat bekerja dan seorang yang bangun pagi. Ciri lelaki bangun pagi ini penting untuk saya kerana saya juga seorang yang bangun pagi tidak kira sepenat dan sesibuk manapun saya.

Saya percaya pintu rezeki dibuka di pagi hari dan orang yang berusaha dengan tulang empat kerat untuk mencari rezeki yang halal dan sentiasa bermohon padaNya, InsyaAllah hidup mereka berkat!

Satu lagi perkara yang saya suka tentang Aidil, dia seorang pendengar yang setia.

H&H: Impian perkahwinan anda?

Fasha: Saya selalu mendambakan garden wedding tetapi tidak berkesempatan untuk berbuat demikian pada perkahwinan terdahulu. Sekiranya Allah SWT izinkan berkahwin sekali lagi, definitely perkahwinan taman menjadi pilihan saya.

Pokoknya, saya prefer majlis yang sederhana dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak termasuk rakan-rakan rapat.

Intimate wedding kata orang, kerana dari dulu lagi saya kurang gemar majlis perkahwinan yang gah.

Walaupun ada yang kata, status selebriti mestilah buat majlis kahwin yang grand, bagi saya perkahwinan adalah sesuatu yang peribadi dan kita berhak menentukan majlis seperti apa yang kita inginkan.

H&H: Harapan untuk perkahwinan kali ini?

Fasha: Of course mengharapkan perkahwinan kali kedua berkekalan dan mendapat restu kedua-dua belah keluarga.

H&H: Ramai yang tahu Fasha seorang yang cukup komited dalam lakonan, adakah selepas berkahwin anda akan terus aktif?

Fasha: Ramai peminat dan penggiat seni yang melihat saya sebagai seorang yang komited terhadap lakonan, Alhamdulillah saya bersyukur!

Sejujurnya 14 tahun dalam bidang ini, tipulah kalau tidak berasa penat. Menjadi pelakon bukannya mudah, pekerjaan di set adakalanya bermula pagi ini dan berakhir pagi esok.

Tanpa minat, dedikasi dan semangat yang tinggi, pasti tak boleh lakukan!

Perancangan untuk masa akan datang sekalipun berstatus isteri, saya akan terus berlakon dan mengendalikan perniagaan yang diusahakan. Apapun, family always comes first!

Penyelaras Cover Story

Yanie Baharom
Instagram: @yaniebaharom

Produser
Mazizul Dani
Instagram: @izuldani

Jurugambar
Nizarhafiz Mustafa
Instagram: @nizarhafizmustafa

Jurukamera 1
Khairus Ramli
Facebook: Khairus Ramli

Jurukamera BTS 
Saiful Iskandar Ismail
Instagram: @saiful_iskandar1995

Pereka Grafik

Muhammad Muctar 

Instagram: @en.jim

 

PENAJA:

LOKASI

Empress Penthouse,

Berjaya Times Square Hotel, 

1, Jalan Imbi,

Bukit Bintang,

55100 Kuala Lumpur,

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Instagram: @bthkl

 

WARDROBE

Rizman Ruzaini

Instagram: @rizmanruzaini

 

SOLEKAN

Tiar Zainal

Instagram: @tiarzainal

HAIR STYLIST

Jaifuzai

Instagram: @jaifuzai

 

HENNA

Lea

@leahenna_artist

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 24 Oct 2021

“Makanan Busung Berulat, Sofa Rosak, Tahi Kucing Merata, Bau Hancing” – Penyewa Dari ‘Neraka’ Buatkan Owner Rugi RM15,000

Kisah penyewa tidak menjaga rumah dengan baik bukanlah satu perkara baharu. Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Wanie (@waniejas.property), dia berkongsi mengenai keadaan rumah yang ditinggalkan penyewa. @waniejas.property Penyewa […]

Featured Thu, 30 Apr 2020
Featured Mon, 3 Sep 2018

Jangan Tidur Dengan Gaya Ini Jika Tak Nak Nampak Lebih Tua

Gaya tidur pun boleh buatkan kulit muka anda berkedut!

familuv Tue, 1 Jan 2019

Bila Jadual Harian Anak Terlalu Padat Dengan Pelbagai Aktiviti, Ini Akibatnya!

Kanak-kanak bukan saja hilang tumpuan untuk belajar tetapi juga selera makan!

Events Tue, 30 Aug 2022
familuv Thu, 3 Oct 2019

Panduan posisi tidur selamat dan terbaik bagi wanita hamil

Tidur yang berkualiti amat penting bagi ibu dan kandungan.

Featured Tue, 8 Jan 2019