Categories: Eat TravelFeatured

Rasa bagai di luar negara, percutian sejuk dan indah ini hanya di Malaysia!

Melihat pada foto-foto yang dikongsi pemilik akaun Facebook Hafiz Muhimin dan SomethingBorrowed byNawal, pasti ramai yang terpegun dengan keindahan destinasi percutian yang diterokai.

Facebook Hafiz Muhimin

Kredit gambar: SomethingBorrowed byNawal

Kredit gambar: Facebook Hafiz Muhimin

Mungkin ada yang menyangka lokasi percutian sejuk itu di luar negara. Bagaimanapun anda silap kerana destinasi percutian unik itu hanya terletak di Malaysia sahaja iaitu di A’moss Farmstay, Cameron Highlands, Pahang. Penginapan menarik itu juga berdekatan Mossy Forest dan Ladang Teh Boh Sg Palas.

A’moss Farmstay yang merupakan destinasi percutian pada altitud tanah tinggi dengan suhu yang sejuk ini sangat sesuai bagi pencinta alam semula jadi dan mereka yang inginkan sebuah percutian yang indah dan menyamankan.

Kredit gambar: SomethingBorrowed byNawal

Dikelilingi ladang teh dan kebun sayur, A’moss adalah lokasi percutian istimewa, sesuai untuk pasangan dan juga keluarga yang inginkan kelainan, privasi serta mahu lari daripada hiruk pikuk kota. Destinasi ini juga sangat ideal bagi mereka yang ingin berbulan madu.

Kredit gambar: Facebook Hafiz Muhimin

Pemandangan hijaunya ternyata sangat indah untuk fotografi dan cantik dijadikan detik serta kenangan indah bagi diabadikan dalam album percutian.  

Kredit gambar: Facebook Hafiz Muhimin

Kredit gambar: SomethingBorrowed byNawal

Menyentuh mengenai kemudahan yang ditawarkan, tandas ada disediakan di bahagian luar untuk setiap ‘dome’, namun jangan risau kerana ia hanya dua langkah sahaja daripada pintu masuk ‘dome’. Tandas tersebut juga dilengkapi dengan sistem alat pemanas air. Selain itu, ruang pantri turut disediakan di luar ‘dome’ untuk mereka yang mahu makan dan masak.

Kredit gambar: SomethingBorrowed byNawal

Kredit gambar: SomethingBorrowed byNawal

Kredit gambar: SomethingBorrowed byNawal

Kredit gambar: SomethingBorrowed byNawal

Menawarkan tiga ‘dome’ sahaja, harga penginapan di A’moss Farmstay bermula daripada sekitar RM200 ke RM220 sahaja untuk satu malam. Memandangkan jumlah bilik yang terhad, anda digalakkan membuat tempahan awal.

Kredit gambar: Facebook Hafiz Muhimin

Tambahan pula penginapan A’moss Farmstay kini semakin popular, justeru tempahan ‘dome’ juga sentiasa penuh terutamanya ketika musim cuti sekolah. Jadi, bagi mereka yang bercadang untuk menginap di A’moss, disarankan untuk menempah lebih awal secara atas talian.

Kredit gambar: SomethingBorrowed byNawal

Kredit gambar: SomethingBorrowed byNawal

Paling penting, jangan lupa untuk membawa pakaian tebal atau baju panas kerana cuaca di situ memang sangat sejuk. Semoga bermanfaat dan jangan lupa untuk masukkan A’moss Farmstay dalam senarai destinasi percutian anda.

Ad Ops