Dalam kekalutan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diperkenalkan kerajaan, golongan suri rumah antara individu yang tidak menang tangan melayan kerenah anak-anak di rumah kerana kerap keluar masuk ke dapur mencari makanan.
Keadaan itu turut dijadikan bahan jenaka dengan pelbagai paparan di sosial media seperti pintu peti ais ranap akibat kerap dibuka dan ada juga kertas yang ditulis ‘mama tutup kedai hari ini, semua kena puasa.’
Meskipun ia dianggap jenaka, hakikatnya menjadi suri rumah juga adalah satu kerjaya yang mencabar kerana perlu mencari idea apakah menu ringkas boleh disediakan untuk keluarga dalam tempoh yang cepat dan mudah.
Lebih menyulitkan apabila ada dalam kalangan anak-anak tidak makan ayam dan hanya mahu menikmati ikan sahaja. Tambah mencabar bila si kecil juga mahu makan nasi tapi tidak mahu ambil sayur-sayuran hijau.
Hijab & Heels kongsikan satu resipi mudah sesuai seisi keluarga baik yang tua mahupun yang muda, namun sedap dan enak serta ringkas sahaja penyediaannya.
Resipi ini mudah disediakan kerana anda boleh memasukkan semua sekali bahan kecuali cendawan yang perlu dimasukkan paling akhir bagi mengelakkan ia hancur.
Rendang Cendawan
Bahan A:
500 gm paket cendawan tiram
2 sudu serbuk cili
2 keping asam Gelugor
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 kotak santan rendah lemak
1 ½ cawan air
Garam secukup rasa
Bahan yang perlu dimayang: (B)
3 ulas bawang merah
2 helai daun kunyit
1 ulas bawang putih
1 batang serai
# Bahan tambahan seperti isi ayam dan cili merah boleh dimasukkan jika mahu.
Cara penyediaan:
Jangan libatkan Janna okay!
Ainations mana suaranya?!