Categories: FeaturedGaya Hidup

Terpijak mainan anak memang tidak lawak, ketahui idea kreatif untuk simpan mainan anak

Selain pening memikirkan menu apa yang hendak dimasak ketika berada di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), wanita khususnya golongan ibu pasti pening melihat keadaan rumah yang berselerak.

Kredit gambar: Daily Rakyat

Itu belum lagi dengan barang mainan anak yang penuh di segenap ruang, boleh jadi ‘singa’ dibuatnya. Bayangkan kalau terpijak mainan kecil seperti Lego, dinosaur dan sebagainya, sakitnya memang tidak boleh dibawa berbincang.

Sepuluh kali kemas, tetap bersepah. Apapun, ibu kenalah banyak bersabar sebab memang menjadi lumrah bagi anak untuk bermain pada fasa umur mereka sekarang. Banyak benda baharu yang sedang diterokai anak dalam proses pembelajaran mereka.

Kredit gambar: Diari Ummi

Apa yang penting, ibu bapa perlu mendidik anak agar berdisiplin untuk mengemas semula mainan mereka sendiri. Berikut adalah foto-foto kreatif dan menarik yang dikongsi dalam laman Facebook Ilham Media mengenai idea tempat penyimpanan barang mainan anak.

Semoga dapat memberi inspirasi kepada ibu di luar sana. Rumah cantik dan kemas, kepala pun sudah tidak pening. Semoga bermanfaat!

Kredit gambar: Ilham Media

Ad Ops