Featured By: Shaidah Shafie March 23, 2020 @ 9:04pm

Senaman ringkas untuk bahu elak tekanan akibat duduk terlalu lama

Anggota badan manusia sangat unik kerana setiap bahagian mempunyai kekuatan dan fungsi tersendiri, namun jika sudah lama tidak digerakkan badan akan menjadi lesu lebih-lebih lagi sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Duduk di rumah tidak semestinya hanya berehat, tetapi ada beberapa senaman mudah yang boleh dilakukan terutama untuk menggerakkan bahu yang mungkin banyak digunakan bagi wanita yang bekerja dari rumah.

Jurulatih senaman peribadi yang berpangkalan di New York, Henry Halse, dalam satu perkongsian di laman sosial berkata bahu adalah antara anggota yang boleh digerakkan dalam banyak posisi.

“Senaman paling mudah untuk menggerakkan bahu, anda boleh melakukan banyak pergerakan seperti menekan, menarik sama ada secara horizontal ataupun vertikal.

“Dalam kebanyakan latihan membabitkan bahagian atas badan, otot pada bahagian bahu adalah yang paling banyak terbabit,” katanya dalam perkongsian berkenaan.

Antara punca bahu terasa sakit adalah apabila terlalu lama duduk di depan meja terutama ketika menggunakan komputer. Sakit bahu akan menyebabkan badan menjadi sakit dan boleh menyebabkan sakit kepala.

Bagi mengurangkan gejala berkenaan, wanita perlu mengamalkan senaman ringkas yang dapat mengelakkan bahu menjadi stres dan sakit.

Henry mencadangkan setiap satu langkah dilakukan selama 20 saat dan berhenti seketika sebelum mengulang langkah sama bagi memastikan keberkesanannya terhadap badan terutama bahu.

Hijab & Heels kongsikan empat langkah mudah bagi membantu wanita untuk menggerakkan bahu dan senaman itu boleh dilakukan pada bila-bila masa termasuk di pejabat pada waktu rehat.

Senaman 1: Curl & Press

Berdiri tegak dengan memegang dumbbell di kiri dan kanan tangan serta pastikan lengan berada dalam keadaan santai. Angkat tangan hingga ke bahu dan luruskan tangan sehingga dumbbell melepasi bahu. Jatuhkan tangan mengikut turutan sebagaimana ia dinaikkan.

Senaman 2: Military Press

Berdiri tegak dengan tangan memegang batang besi, angkat ke atas seperti melakukan angkat berat dan turunkan seolah-olah anda menurunkan beban seperti biasa. Ulang perbuatan itu selama 20 saat.

Senaman 3: Band Pull Apart

Pegang tali yang boleh diregangkan, rapatkan kedua-dua lengan ke bahagian badan, tarik dan regangkan tali dengan menggerakkan tangan ke luar dan ke dalam seperti anda menemukan kedua-dua tangan dan kemudian jarakkan kedua-duanya. Ulang perbuatan sama.

Senaman 4: Upright Row

Berdiri tegak dengan memegang barbell, kemudian angkat barbell ke atas seperti anda mengangkat sebatang besi. Pastikan teknik menarik barbell itu adalah seperti posisi mengangkat dengan siku berada pada paras dada. Kemudian turunkan kembali barbell berkenaan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Wed, 6 May 2020

Bina sendiri permainan luncur di dalam rumah sepanjang PKP

Guna kreativiti daripada kotak dan pita pelekat

Featured Wed, 18 Mar 2020

Maya Matahari meninggal dunia akibat kanser

Dikatakan merahsiakan penyakit yang dihidapi

Featured Thu, 29 Sep 2022

‘Teringin’ Berkahwin Tapi Masih Solo, Sharifah Rose Idam Lelaki ‘Gentleman’ – “Kalau Boleh Bukan Artis Lah”

Rose dah share ciri-ciri lelaki idaman tu 😚 mana tau ada yang nak cuba nasib hehe

Eat Travel Wed, 15 Apr 2020

Mahu makan roti piza yang sedap? Jom buat sendiri!

Foccacia, roti artisan yang mengenyangkan

Featured Thu, 4 Jul 2019

Meghan Markle amalkan rutin senaman santai selepas bersalin

Ringkas sahaja, tetapi sangat bermanfaat!

Featured Sat, 16 Apr 2022
Featured Mon, 19 Nov 2018

Minum Susu Mentah Selamat Atau Tidak?

Susu mentah mengandungi bakteria yang berbahaya!