Eat Travel By: Shaidah Shafie April 15, 2020 @ 9:23pm

Mahu makan roti piza yang sedap? Jom buat sendiri!

Foccacia, brioche, ciabatta atau baguette adalah antara roti artisan yang sering dianggap susah untuk menyediakannya menyebabakan ia tidak begitu digemari ramai berbanding roti putih biasa.

Jenis roti itu juga jarang dijual di kedai runcit atau pasar raya, kecuali kedai khusus yang menawarkan roti artisan, namun bagi penggemar roti elit itu, mereka tentunya sanggup belajar untuk menyediakannya sendiri di rumah kerana tahu akan rasanya yang enak.

Selain mempunyai rasa yang berbeza dengan roti keping, roti artisan itu juga boleh disimpan secara dingin beku dan dipanaskan semula ketika ingin dinikmati sebagai sarapan pagi atau sebarang ketika.

Foccacia juga disebut sebagai roti piza kerana rasanya hampir sama dengan piza – gambar hiasan. Foto: NSTP.

Foccacia atau ada juga yang menyebutnya roti piza umpamanya, enak dimakan ketika panas dan ia seakan-akan piza bersaiz kecil selain sangat mudah disediakan, cukup dengan bahas asas seperti tepung roti berprotein tinggi, susu segar, yis dan air.

Untuk menambah kesedapannya, anda boleh meletakkan pelbagai bahan seperti isi ayam, pepperoni, tomato kering, rosemary, buah zaitun, jeruk lobak merah atau jeruk artichok.

Hijab & Heels kongsikan resipi paling mudah untuk menyediakan focaccia enak, dalam tempoh 30 minit sahaja, anda sudah boleh menikmati focaccia dengan bau bawang putih garing beraroma rosemary ini.

Daun rosemary dan bawang putih garing menerbitkan aroma tersendiri kepada foccacia. Foto: Arkib Hijab & Heels.

Foccacia bawang putih dan pepperoni

Bahan-bahan:
1 cawan tepung roti berprotein tinggi

1 sudu kecil yis

1 cawan susu segar

1 sudu kecil gula

2 ulas bawang putih dicincang kasar

1 ranting daun rosemary

½ cawan minyak zaitun

½ cawan air suam

½ sudu teh garam

6 keping pepperoni sebagai bahan tambahan (jika tiada, boleh digantikan dengan isi ayam, hirisan daging atau hirisan sosej)

Buah zaitun enak ditabur di atas foccacia – gambar hiasan. Foto: NSTP.

Cara penyediaan:

1. Masukkan tepung roti, yis, gula dan garam ke dalam mangkuk sederhana besar. Tuang air suam ke dalam adunan dan gaul perlahan-lahan. Kemudian tuang susu sedikit demi sedikit. Sekiranya masih kental, tambahkan air suam atau susu segar.

2. Masukkan sedikit minyak masak dan uli hingga sebati. Adunan ini akan kelihatan seperti sedikit lembik. Biarkan ia di dalam mangkuk selama 10 minit dan tutup dengan plastik lutsinar. Ia akan mengembang sedikit daripada saiz asalnya.

3. Sementara itu, panaskan oven pada suhu 150 darjah celcius dan sediakan loyang pembakar bersaiz kecil yang disapu minyak zaitun lebihan adunan tadi.

4. Apabila adunan kelihatan sudah naik, tuang ke dalam loyang pembakar yang sudah dilengser minyak. Tabur bawang putih cincang, daun rosemary dan susun pepperoni.

5. Bakar sehingga warna kekuningan dan garing. Selepas ia masak, tabur sedikit garam dan titikkan minyak zaitun supaya ia nampak berkilat dan cantik.

Foccacia atau roti piza ini enak dimakan ketika panas. Rasanya seakan-akan roti dengan kombinasi pizza, cuba buat, enak!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Thu, 8 Nov 2018

Dibina Menggunakan Sumber Asli Garam, Hotel Luna Salada Pasti Buat Anda Terpegun!

Bolivia terkenal dengan Salar de Uyuni, sumber garam terbesar di dunia yang terletak 3,658 meter dari paras laut.

Featured Wed, 29 Apr 2020

Rakyat dibenarkan bergerak dua orang dalam satu kenderaan

SOP pergerakan dilonggarkan demi kepentingan rakyat

Events Wed, 3 Aug 2022

Kembali Selepas 6 Tahun Sepi, Penganjur Harap Syarat Pencalonan Tak Jadi Sebab AIM 23 Kurang Dapat Sambutan Penggiat Industri

Wowwww! Akhirnya anugerah berprestij ini kembali. Tunggu bulan 9 ya semua!! 🤩🤩

Eat Travel Tue, 18 Dec 2018
Featured Thu, 20 Oct 2022

“Rasa Sakit Tapi Saya Abaikan…”- Aniq Suhair Patah Tangan Akibat Terjatuh

Baru-baru ini, Pelakon Aniq Suhair dilaporkan mengalami patah tangan kanan akibat terjatuh. Menurut Aniq atau nama sebenar, Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh, 22, sebelum kejadian dia telah melakukan latihan ‘punching bag’ dan tangannya itu mula […]

Featured Mon, 17 Apr 2023
Featured Fri, 3 Apr 2020
Events Tue, 9 May 2023