Featured By: Yanie Baharom June 13, 2019 @ 10:00am

Suami tidak puas bersama selepas bersalin, mungkin ini senaman terbaik untuk si ibu

Apabila suami merungut tidak mencapai kepuasan ketika ‘bersama’ kerana faraj isteri longgar selepas bersalin, hal ini boleh menyebabkan si isteri kemurungan atau berasa down!

Kalau isteri pula jenis yang suka fikir bukan-bukan, mulalah menyangkakan suami ada perempuan lain sebab itu mereka sudah pandai merungut!

Jangan cepat melatah wahai wanita sekalian, perubahan pada keanjalan faraj selepas bersalin itu adalah perkara biasa. Perkara yang paling penting harus anda lakukan adalah dengan melakukan senaman kemutan serta menjaga pemakanan.

Untuk mengembalikan ‘kedaraan’ sebenarnya tidak memerlukan pembedahan pun, cukup dengan melakukan lima cara. Bermula dari senaman  kegel, yoga, hinggalah ke bebola Ben-Wa, jom kita lihat cara-caranya di bawah:

1. Senaman kegel

Foto: Pesona Pengantin

Tolonglah rajin sikit ibu-ibu dan lakukan sedikit inisiatif untuk kembali menakluk suami di kamar. Pastikan ibu-ibu melakukan senaman kegel kerana ia adalah senaman paling penting untuk ketatkan faraj selepas bersalin.

Senaman kemut dan lepas untuk Miss V ini boleh mengetatkan otot lantai pelvis hampir serta merta.

Caranya: Cari otot lantai pelvis anda. Cuba bayangkan, mana otot yang anda guna ketika menahan kencing?

Otot itu seakan menggenggam dan mengemut, kan? Itulah otot-otot lantai pelvis anda.

Apabila anda sudah dapat mencari otot itu, kemut otot selama 5 saat kemudian lepaskannya selama 5 saat.

Anda boleh melakukan senaman ini sepanjang hari, dalam bilik mandi, dalam perjalanan ke kerja, sambil memasak, bila-bila sahaja.

Ini adalah cara ketatkan faraj selepas bersalin yang sangat berkesan! Cuba jangan tak cuba!

2. Senaman yoga

Ramai yang menganggap, senaman yoga bukan sahaja baik untuk kesihatan tapi ada juga beberapa posisi senaman khas yang boleh mengetatkan faraj selepas bersalin!

“Serius, yoga adalah antara senaman terbaik untuk bahagian intim wanita,” kata guru yoga ‘drenie283’ pada Reddit.

Ia bagus untuk payudara juga kerana ia adalah senaman tekanan rendah dan tenang.

Salah satu sebab mengapa yoga sangat baik untuk wanita selepas bersalin adalah kerana ia banyak melibatkan senaman otot lantai pelvis.

Dengan amalan yang konsisten, faraj anda boleh kembali kental dan ketat dengan cepat apabila melakukan yoga.

Caranya, begini: 

Dua posisi yang berkesan dan senang adalah Child’s Pose dan Bridge Pose seperti di atas.

Senaman Child Pose – Foto: Power Yoga Works

Bridge Pose – Foto: thefitnessdiets.com

Mengapa? Kerana fokus kedua-dua senaman ini adalah untuk otot lantai pelvis.

Bagaimanapun,  satu perkara yang harus anda tahu, senaman yoga walaupun sangat berkesan akan tetapi tidak semua orang mempunyai keupayaan melakukannya. Ia memerlukan latihan dan biasa melakukannya. Jadi jangan sesekali paksa diri anda!

3. Kon untuk faraj

Foto: Body Clock

Satu cara lain adalah dengan menggunakan kon faraj! Ia boleh didapati dalam pelbagai saiz dan bentuk. Cara untuk menggunakan kon faraj ini adalah dengan memasukkannya ke dalam faraj.

Kemudian, guna otot lantai pelvis untuk mengemut kon itu selama 15 minit, dua kali sehari. Anda juga boleh membeli kon dengan berat yang berbeza-beza, namun begitu,  walaupun senaman ini sangat senang, ia memerlukan masa dan banyak usaha.

4. Bebola Ben-Wa

Foto: dhgate.com

Bebola Ben-Wa juga satu produk lain yang boleh digunakan untuk ketatkan faraj selepas bersalin.

Setiap bebola mempunyai berat tertentu dan apabila dimasukkan ke dalam faraj, wanita itu perlu menggunakan otot lantai pelvis untuk memastikan bebola kekal dalam faraj.

Anda perlu menggunakan otot-otot dalaman untuk mengemut bebola itu dan ia akan rasa penuh dalam faraj.

Dari masa ke semasa, Ms V akan semakin ketat dan kental.

5. Pemakanan

Foto: The Independent

Menjaga pemakanan adalah satu hal yang sangat mustahak kepada sesiapapun lebih-lebih lagi ibu bersalin kerana apa yang anda makan tidak hanya akan mempengaruhi berat badan, kulit dan rambut, ia juga boleh mempengaruhi faraj anda!

Makanan yang tinggi dengan phytoestrogens seperti halba, kacang soya, bijan, delima dan lobak merah amat bagus untuk mengembalikan keanjalan vagina anda.

Walaupun pemakanan mungkin akan mengambil masa yang paling lama, ia masih akan memberi kesan untuk ketatkan faraj anda.

 

 

Sumber: The Asian Parent

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 9 May 2018

Ketahui Jenis Atau Warna Lipstick Yang Sesuai Untuk Anda, Berdasarkan Lambang Zodiak

Selain padankan warna lipstick dengan warna kulit, apa kata cuba pilih warna berdasarkan personaliti anda?

familuv Mon, 24 Feb 2020
Featured Wed, 27 Mar 2024

Khatam Al-Quran Lebih 5 Kali, Netizen Bitter Gelar Lisa Surihani Riyak

MashaAllah, moga tips yang diberikan Datin Lisa dapat dijadikan pengajaran😊

Featured Wed, 6 Oct 2021
Featured Thu, 26 Aug 2021

Tiada Pengumuman Kabinet Menteri Hari Ini

Pejabat Perdana Menteri pada Khamis mengesahkan tiada sebarang pengumuman dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung pelantikan jemaah kabinet. Ismail Sabri Yaakob tiba di pejabatnya, di bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada jam 3.38 […]

Featured Fri, 3 Feb 2023

Sissy Imann Menyesal Jual Album Harga RM20 – “Kalau Nak Untung, Baik Saya…”

Sebab tu kalau emosi tak boleh buat keputusan kan.. Kita jadikan semua ni satu pengajaran

Featured Thu, 23 Dec 2021

“Memang King of The Road!” – Video Kompilasi Myvi Redah Banjir Trending

Baru-baru ini, satu video kompilasi kereta Perodua Myvi meredah banjir menjadi tular dan ramai yang kagum dengan kebolehan kereta yang digelar ‘King of The Road’ ini. Video kompilasi yang dikongsi oleh seorang pengguna Twitter bernama […]

Featured Wed, 28 Sep 2022

[VIDEO] Berada Dalam Studio Bersama, Agnez Mo & Justin Timberlake Bakal Berduet? 

Wowwww! Agnez Mo nak keluar lagu duet baru dengan Justin Timberlake ke? Fuhhh mantappp 🤩🤩🤩

Sihat Tue, 11 Feb 2020
Featured Tue, 29 Nov 2022