Categories: Filem

Elemen Cinta Penuh Emosi Dalam Teratai Kemboja

Teratai Kemboja adalah drama terbaharu yang digarap dengan elemen percintaan penuh emosi antara dua pasangan yang menempuh dunia perkahwinan di awal usia 20-an. Drama yang mula ditayangkan pada 12 April ini boleh ditonton sehari lebih awal dari siaran televisyen menerusi platform nombor satu di Malaysia, tonton.

Drama 21 episod ini menceritakan tentang Fikri (Datuk Adi Putra) dan Hanani (Fasha Sandha) dimana kedua-duanya merupakan usahawan muda yang telah mendirikan rumah tangga pada usia yang masih mentah iaitu ketika kedua-duanya masih  meneruskan pengajian di tahun akhir Universiti. Justeuru itu, Fikri dan Hanani mengambil keputusan untuk tidak mempunyai anak. 

Namun, setelah tamat pengajian Hanani masih  mengambil keputusan untuk merancang dalam usaha mendapatkan anak. Tetapi, berbeza pula dengan suaminya, Fikri yang ingin menimang cahaya mata. Disebabkan hal tersebut, timbul beberapa konflik yang menguji kesetiaan kedua-dua pasangan muda ini. 

Menurut Pengarah tonton, Pelesenan Dan Pembarangan, Rangkain Televisyen Media Prima Berhad, Airin Zainul berkata;

” tonton, sekali lagi membariskan pelakon ternama yang mewarnai industri ini menerusi siaran drama baharu yang pastinya disambut baik oleh 7.8 juta pengguna. Teratai Kemboja antara drama terbaik bagi mengembangkan empayar penstriman di Malaysia. Teratai Kemboja memaparkan masalah dan juga penyelesaian di dalam institusi kekeluargaan yang boleh ditonton menerusi kesemua 21 episod, sehari lebih awal dari tayangan TV dalam format defini tinggi (HD), eksklusif di tonton.” Jelasnya

Teratai Kemboja turut menampilkan barisan pelakon terkenal tanah air seperti, Datuk Adi Putra, Fasha Sandha, Elly Mazlein, Sabhi Saddi dan ramai lagi.

Jadi, penonton jangan ketinggalan menyaksikan drama penuh konflik siaran eksklusif kesemua episod sehari lebih awal dari tayangan TV hanya di tonton. Dan, kini pengguna tonton juga boleh menikmati 90 peratus kandungan premium tonton secara percuma!

Jangan ketinggalan!

Salma Syahbuddin