Categories: Filem

Terbaik! Munafik 2 Dapat Sambutan Hebat Di Indonesia

Pengarah dan pelakon Syamsul Yusof merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh penonton Indonesia yang telah menyokong hasil karyanya.

Menerusi laman Twitter, Syamsul menulis secara ringkas,

“ Alhamdulillah sambutan filem Munafik 2 di Indonesia luar jangkaan. Ditayangkan di lebih 100 pawagam Indonesia! Sayang semua tq so much!,” tulisnya.

Difahamkan, anak kepada pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam ini berada di Jakarta bagi gerak kerja promosi filem berkenaan.

Rata-rata netizen di Indonesia memuji hasil kerja Syamsul yang dilihat sebagai hasil kerja sangat membanggakan. Terbaiklah Syamsul! 

SGMS Faida