Filem By: Afiqah Azizan February 14, 2024 @ 10:42am

Tonton Apa Hari Ni: ‘Detik’

Masa itu emas. Walau bagaimanapun, mungkin akan ada yang berpendapat bahawa masa itu lebih berharga daripada emas. Ini kerana masa yang telah berlalu tidak boleh dikembalikan lagi. Namun, filem Tonton original terbaharu yang berjudul ‘Detik’ bermain dengan keupayaan ini.

Kisah yang bergenre ‘Sci-Fi’ ini menyoroti watak Irdina (Sharifah Rose) yang telah membeli sebuah rumah lelong. Rumah tersebut telah ditinggalkan hampir lima tahun lamanya. Jiran sekeliling telah mengesahkan bahawa rumah tersebut merupakan milik seorang Profesor yang bernama Aida (Sherry Ibrahim). Namun, riwayat Profesor tersebut telah tamat pada tahun 2017.

Setiap rumah ada keistimewaannya sendiri. Begitu juga rumah yang telah bertukar tangan kepada Irdina ini pula. Setelah beberapa ketika baru dia menyedari bahawa terdapat sebuah pintu rahsia. Pintu ini membawa kepada sebuah bilik yang dilengkapi peralatan teknologi yang luar biasa. Peralatan ini membolehkan seseorang individu untuk pulang ke masa lalu.

Irdina telah menerokai penggunaan teknologi ini. Dia mula memahami bahawa dia hanya perlu memilih tarikh dan peralatan mesin tersebut dapat membawanya ke waktu yang ditetapkan. Alangkah terujanya si gadis itu. Selain berhasrat menukar sejarah, dia juga ingin mengubah takdir kisah cintanya sendiri.

Dalam keterujaannya itu, dia telah berkesempatan untuk bertemu dengan Profesor Aida yang memberi amaran agar sejarah jangan sesekali diubah. Namun, keinginannya untuk membuat perubahan membuak-buak. Apakah yang bakal terjadi dalam filem arahan Khalid Nadzri ini?

Cerita Apa? ‘Detik’
Di Mana? Strim eksklusif HD di Tonton

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Filem Thu, 27 Jun 2019

叶剑锋和陈嘉荣搭档主持!化身「锋兄荣兄」发掘街头美食

叶剑锋和陈嘉荣搭档主持《好吃!》,两人组「锋兄荣兄」发掘街头美食。

Filem Fri, 22 Feb 2019

Tular Di Laman Web Wattpad, Siri Popular Ini Akhirnya Diterbitkan Menjadi Filem

Buat peminat Harry Styles ini pastinya mengujakan korang kan?

Filem Mon, 15 Apr 2019

全新综艺节目《欢喜剧场》抢先看!邀民众一同作乐

全新综艺节目《欢喜剧场》 抢先看!邀民众一同看戏、听歌、赢奖品~

Filem Wed, 17 Jul 2019

Kingdom Siri Manga Paling Popular Jepun, Bakal Menyerang Pawagam Berhampiran Anda Mulai Esok!

Kingdom pastinya ‘worth it’ untuk di tonton! Jom serang pawagam berhampiran mulai esok!

Filem Wed, 10 Apr 2019

郭晓东、赖淞凤拍摄《Durian Kaya Teh Tarik》伤痕累累!

拍摄《Durian Kaya Teh Tarik》伤痕累累!嘉宾郭晓东和赖淞凤到底是玩了什么「激烈」游戏?

Filem Wed, 25 Oct 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Pukul Mersing’

Seni mempertahankan diri ini mengajar nilai penting.

Filem Wed, 29 Nov 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘KUM’

Apabila hantu Kum menyerang…

Filem Wed, 11 Sep 2019

消遣娱乐变幻时!带你重回熟悉的游乐园和购物广场

让人流连忘返的,往往不是那些绚烂华丽,而是那些同欢共乐的时光。

Filem Tue, 10 Apr 2018

Don’t Forget to Watch the General Election Date Announcement Today!

You can catch it live right here on tonton and xtra!