Gaya Hidup By: Yanie Baharom June 3, 2019 @ 9:00am

10 bandar dengan kadar sewa pangsapuri dua bilik yang tak masuk dek akal! 

Berada di tangga ke-65 sebagai bandar termahal untuk menyewa rumah pangsapuri dua bilik, membuktikan bahawa Kuala Lumpur masih lagi menyediakan kediaman mampu milik berbanding kota-kota metropolitan yang lain.

Jika anda merasakan dengan melakukan penghijrahan mampu merubah nasib anda menjadi lebih baik seperti ungkapan pepatah ‘hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri’, pastikan pekerjaan yang dilakukan itu menjanjikan pendapatan berbaloi.

Lebih-lebih lagi jika anda ingin menghuni 10 kota ini, sekurang-kurangnya anda perlu mempunyai pendapatan tetap setiap bulan sekitar RM15,000 hingga RM30,000. Untuk memastikan anda tidak merempat di negara orang! 

Hendak tahu 10 bandar manakah dengan kadar harga sewa (untuk pangsapuri dua bilik) paling mahal di dunia? Ini jawapannya…

10. Taipei (maksimum RM8,600)

Foto: Wotif

Ibu kota negara Taiwan ini sememangnya sebuah kota metropolis dan moden. Kota yang sibuk dengan aktiviti membeli-belah dan dipenuhi dengan bangunan bercirikan kontemporari ini menawarkan harga sewaan yang mahal berdasarkan kemudahan yang disediakan.

9. Sydney (Maksimum RM8,700)

Foto: caprent.com

Antara kota terbesar di Australia, Sydney adalah antara lokasi utama tumpuan pelancong kerana Sydney Opera House. Sydney mengamalkan konsep bayaran mingguan untuk pangsapuri yang disewa, malah hartanah yang disewakan di bandar itu hanyalah pangsapuri dengan satu atau dua bilik sahaja.

8. Doha (Maksimum RM9,500)

Foto: ExpatWoman

Harga sewaan yang melampau di Doha menjadi pertikaian setiap tahun. Tetapi harga yang ditawarkan menjadi trend dalam kalangan pemilik aset sehingga dilaporkan statistik penyewa tidak mampu membayar sewa rumah sangat tinggi dan mereka terpaksa keluar dan mengosongkan aset.

7. Dubai (Maksimum RM9,800)

Foto: Living in Dubai

Antara kota termewah di dunia, Dubai adalah kota pilihan pelancong kerana kehidupan malamnya yang sentiasa meriah dan sibuk. Jadi tidak mustahil harga sewaan bulanan terlalu mahal. 

6. Zurich (Maksimum RM10,500)

Foto: Booking.com

Kota paling mahal untuk menyewa di Switzerland! Harga sewaan meningkat dua kali ganda kerana hanya Zurich mempunyai pangsapuri dengan lebih dua bilik tidur.

5. Chicago (Maksimum RM10,800)

Foto: xplusrealestate

Kebanyakan penyewa di Chicago sanggup menetap bertahun-tahun di satu unit yang sama kerana kesukaran mendapatkan harga sewa yang murah, malah mereka juga lebih rela menetap di pangsapuri satu bilik dengan keluasan kecil tanpa kemudahan lain seperti kolam renang. Kehidupan penuh sederhana dengan harga menyewa yang melampau!

4. Geneva (Maksimum RM11,900)

Foto: Newly Swissed

Sama seperti Zurich, Geneva juga terlalu mahal untuk seseorang itu menyewa kediaman di Switzerland. Harga menyewa untuk pangsapuri satu bilik sudah cukup mahal dan semuanya dipengaruhi dengan kos kehidupan yang tinggi di sana termasuk gaya hidup, lokasi tumpuan pengunjung juga kadar bayaran gaji yang tinggi secara purata.

3. London (Maksimum RM12,000)

Foto: www.londonperfect.com

Seperti yang dijangka! Kos kehidupan paling mahal di semua kota di Eropah. Bayangkan menyewa di mana-mana unit pangsapuri di London lebih mahal daripada menginap di hotel empat bintang di lain-lain kota Eropah.

2. Hong Kong (Maksimum RM18,600)

Foto: dailytravelpill

Kota yang kompleks dan padat! Kehidupan penyewa pangsapuri di Hong Kong perlu mengehadkan ruang dan ada yang terpaksa tidur di bahagian dapur kerana ruang terlalu kecil! Harga sewaan menjadi tinggi kerana permintaan yang banyak dan Hong Kong terpaksa membina banyak pangsapuri satu bilik dengan keluasan rumah yang sangat kecil. Bersyukurlah kamu tinggal di Kuala Lumpur! 

1. New York (Maksimum RM19,500)

Foto: Business Insider

Kenapa New York menjadi kota paling mahal untuk rumah sewa? Pertama kerana permintaan menyewa yang tinggi dengan unit yang terhad, malah pemilik unit perlu membayar cukai hartanah dengan harga yang mahal. Apa yang peliknya, lokasi bersebelahan kota New York seperti Manhattan dan Brooklyn mempunyai keluasan unit yang besar dan murah, tetapi mengambil masa berjam-jam untuk ke New York. Sanggup?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Wed, 27 Nov 2019
Featured Mon, 23 Mar 2020
Gaya Hidup Thu, 1 Feb 2018

Aktres Dan Pengacara Cantik Mira Filzah Kongsi Cara Penjagaan Rambut

Mira Filzah merupakan antara artis hijabista yang cukup popular dalam industri seni tanah air. Malah, pemakaian tudung pelakon drama Cinta Si Wedding Planner ini juga turut menjadi ikutan gadis-gadis di luar sana.

Featured Thu, 11 Jan 2018

Clean Eating Adalah Gaya Hidup

‘YOU ARE WHAT YOU EAT’, ungkapan ini memang sering kita dengar.  Jika kita mengambil makanan  sihat, maka tubuh juga menjadi sihat. Tapi jika makanan yang diambil tidak sihat dan banyak bahan pengawet, maka tubuh badan […]

Gaya Hidup Fri, 6 Apr 2018

Seteruk Mana Anda Dalam Bowling, Anda Mungkin Tak Seteruk Wanita Ini. Kelakar Sungguh!

Kalau tak ada skill, bowling memang susah tapi bagi ada sesetengah orang, bola mereka tak sampai pun ke lorong!

Gaya Hidup Mon, 1 Oct 2018

Doktor Ini Kongsi Tindakan Kecemasan Bagi Merawat Sengatan Tebuan

Kelemahan daya ketahanan dan kesan alergi pada mangsa itu sendiri akan mengorbankan nyawanya.

Featured Tue, 14 Aug 2018

Wow! Makan Kimchi Boleh Kuruskan Badan?

Kimchi mempunyai kandungan serat yang tinggi akan menjadikan anda berasa kenyang!

Gaya Hidup Mon, 15 May 2023

Kongsi Kisah 12 Tahun Tinggalkan Dunia Mak Nyah, Cikgu Ery Keluarkan Buku ‘Maaf Tuhan Aku Tersalah Langkah’

Cikgu Ery berkongsi ceritanya sepanjang 12 tahun meninggalkan dunia mak nyah.

Gaya Hidup Thu, 19 Jul 2018
Featured Tue, 20 Mar 2018

Bila Masa Yang Paling Sesuai Untuk Buang Air Di Atas Kapal Terbang? Ini Jawapannya

Memang tak syok bila anda berada 30,000 kaki di udara dan tiba-tiba terasa macam nak buang air. Kalau flight anda sejam je, bolehlah tahan lagi.