Gaya Hidup By: Ad Ops November 27, 2019 @ 12:48pm

Sesi persekolahan 2020 lebih hebat dengan koleksi eksklusif Ejen Ali

Cuti sekolah sudahpun bermula. Pastinya, sepanjang musim cuti persekolahan ini, pelbagai aktiviti menarik dirancang oleh ibu bapa untuk menggembirakan anak-anak. Selain pergi melancong, cuti hujung tahun juga ialah waktu untuk ibu bapa membuat persiapan persekolahan anak.

Sempena filem Ejen Ali The Movie yang bakal berada di pawagam bermula 28 November 2019, syarikat pemborong dan peruncit tempatan terkemuka, MYDIN buat julung kalinya berkolaborasi bersama-sama Primeworks Studios Sdn Bhd (Primeworks Studios) dan WAU Animation melancarkan kempen ‘Ejen Ali Misi Kembali ke Sekolah di Mydin’.

ejen ali

Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin menunjukkan antara koleksi eksklusif Ejen Ali kepada Menteri Belia dan Sukan, YAB Syed Saddiq.

Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira (Dr) Ameer Ali Mydin berkata, kerjasama yang terjalin antara WAU Animation dan Primeworks Studios dilihat sebagai satu komitmen baru mengangkat hasil karya tempatan ke taraf antarabangsa.

“MYDIN sentiasa komited menyediakan kelengkapan persekolahan dengan harga yang kompetitif dan berbaloi. Pelbagai kelengkapan persekolahan koleksi Ejen Ali ditawarkan seperti set uniform lengkap sekolah, alat tulis, botol air, stoking dan sebagainya.

“Selain itu, kami turut berbesar hati dapat membantu golongan kurang berkemampuan untuk memiliki koleksi ini melalui dana tabung MYDIN Prihatin,” tuturnya sewaktu majlis pelancaran ‘Ejen Ali Misi Kembali ke Sekolah di Mydin’ yang berlangsung di Mydin USJ baru-baru ini.

ejen ali

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melancarkan kempen ‘Ejen Ali Misi Kembali ke Sekolah di Mydin’ di Mydin USJ baru-baru ini.

Yang turut hadir ialah Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang berbesar hati merasmikan kempen tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif, Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar serta Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation, Usamah Zaid Yasin.

Menurut Datuk Ahmad Izham Omar, kempen ‘Ejen Ali Misi Kembali ke Sekolah di Mydin’ merupakan platform terbaik untuk Primeworks Studios memperluaskan jenama Ejen Ali kepada kanak-kanak.

“Penghasilan animasi popular dengan kerjasama WAU Animation ini telah menjadikan karakter Ejen Ali sebagai ‘role model’  yang positif kepada orang ramai. Kami yakin filem EJEN ALI THE MOVIE akan menjadi penanda aras kepada kejayaan filem animasi negara pada tahun ini setanding dengan jenama animasi dari luar negara.

“Dengan promosi yang meluas bersama pihak MYDIN, kami percaya kesan kolaborasi ini dapat memberi satu pengalaman membeli-belah yang inovatif sejajar dengan aktiviti promosi yang pelbagai di MYDIN,”katanya.

Jangan lupa untuk dapatkan barangan kelengkapan persekolahan eksklusif Ejen Ali di cawangan Mydin berdekatan anda. Koleksi yang ditawarkan memang hebat selain harganya yang mampu milik.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by MYDIN Malaysia (@mydinmalaysia) on

Jadi apa tunggu lagi, jangan ketinggalan untuk dapatkan barangan eksklusif ‘Ejen Ali Misi Kembali ke Sekolah di Mydin’ segera. Kempen yang akan berlangsung selama dua bulan ini bermula pada 1 Disember 2019 dan berakhir pada 31 Januari 2020.

Paling penting, jangan lupa saksikan filem Ejen Ali The Movie yang bakal berada di pawagam bermula 28 November 2019.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Mon, 22 Jul 2019
Featured Thu, 14 May 2020
Featured Wed, 20 Jun 2018

Kalau Nak Beg Kulit Anda Sentiasa Nampak Baharu, Lakukan Teknik Pembersihan Ini!

Bersihkan dan cuci beg tangan kulit anda untuk sentiasa nampak cantik dan macam baharu lepas beli!

Featured Wed, 18 Mar 2020

COVID-19: Tangguh dulu kenduri kahwin, patuhi arahan jika mahu selamat

JAIS sedia tatacara pelaksanaan majlis nikah

Featured Fri, 22 May 2020
Acara Thu, 27 Feb 2020

Pakej percutian mewah glamping di tengah kota raya

Castra by Colony tawar pengalaman berbeza

Gaya Hidup Wed, 8 May 2019
Featured Wed, 22 Apr 2020

Cara solat tarawih di rumah buat golongan wanita dan ibu-ibu

Solat di rumah adalah lebih afdal untuk wanita

Featured Mon, 24 Feb 2020
Featured Wed, 25 Mar 2020