Gaya Hidup By: Ad Ops May 30, 2018 @ 3:04pm

15 Foto Yang Buat Anda Fikir “Kenapa Di Pejabat Kita Tak Ada Benda Ini?”

Sebelum ini, anda mungkin pernah dengar atau lihat gambar di mana di dalam sesebuah pejabat itu, kalau anda nak pergi ke tingkat bawah, anda boleh turun saja mengikut sebuah gelongsor besar.

Wah, rasa macam budak-budak!

Anda rasa jealous tak? Kalau boleh, setiap pejabat patut ada gelongsor sebegitu, kan? Selepas tengok gambar-gambar di bawah ini, anda mungkin akan rasa lebih jealous.

1. Lobi pejabat ini ada banyak TV yang anda hanya boleh dengar jika anda berdiri di bawah dom-dom khas. 

Foto: Go_Blue_ /reddit.com

Tak adalah lobi itu menjadi terlalu bising pula.

2. Lif pejabat ini ada tanda payung yang menyala jika ia sedang hujan di luar.

Foto: eigosensei /reddit.com

Jadi anda boleh keluarkan payung siap-siap.

3. Karpet di dalam lobi pejabat ini menawarkan peta bandar di mana syarikat itu berada, termasuklah titik merah yang menunjukkan lokasinya.

Foto: wareagle8608 / Via reddit.com

4. “Meja-basikal” ini membolehkan anda bersenam sementara buat kerja.

Foto: gizmodo / Via instagram.com

Tak payah ke gym.

5. Ini cara mudah untuk pekerja-pekerja syarikat ini tahu sesegar manakah kopi mereka.

Foto: heyzeus212 / Via reddit.com

6. Penat bekerja? Rehat dulu dengan bermain bola keranjang mini.

Foto: lillovely78 / Via instagram.com

7. Nak tidur sekejap pun boleh. Jangan lama-lama!

Foto:

8. Tak perlu beli dalam bentuk kotak atau pergi ke kafe. Gunakan saja mesin ini untuk mendapatkan jus oren segar. 

Foto: whatanasian / reddit.com

Ia memerah oren itu di situ juga.

9. Jam gergasi di pejabat ini menunjukkan masa sebenar di negara-negara di seluruh dunia. 

Foto: secondeverthrow / reddit.com

10. Pejabat ini ada sistem “check-in” di tangganya. Jika mereka naik menggunakan tangga dan bukannya lif, pekerja-pekerja di sini boleh mengumpul mata ganjaran.

Foto: elpaco313 / reddit.com

11. Tirai tingkap di pejabat ini menghalang sinaran matahari daripada masuk tapi masih membolehkan anda untuk menikmati pemandangan di luar.

Foto: True2this / reddit.com

12. Pejabat ini ada microwave jenis pull-out yang efektif untuk menghalang bau-bau daripada tersebar. 

Foto: Rdubya44 / reddit.com

Kalau bau sedap, kasihan orang lain yang tak dapat makan. Kalau bau tak menyenangkan, kasihan orang lain.

13. Pejabat ini ada telefon landline yang macam Android. 

Foto: nexguy / reddit.com

Anda boleh melayari Internet, muat turun aplikasi serta mainkan muzik.

14. Syarikat ini ada lorong pejalan kaki yang “panas” supaya pekerjanya tak tergelincir dek salji.

Foto: possiblyben / reddit.com

15. Kafeteria pejabat ini ada dua dispenser air dengan suhu tertentu supaya ia sesuai dengan jenis teh yang berlainan.

Foto: hansteja / reddit.com

Kalau diberi pilihan, anda nak yang mana untuk pejabat anda?

Sumber: Buzzfeed

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Sat, 14 Apr 2018

Bercitarasakan Lokal, Aiskrim Teh Tarik Resipi Wajib Dicuba Anda. Yummy!

Bagi mereka yang bosan dengan perisa aiskrim biasa seperti vanilla, coklat dan strawberi atau sememangnya tekak teringin mencuba perisa bercitarasakan lokal, resipi Ais Krim Teh Tarik ini kami sarankan untuk dicuba anda di rumah. 

Gaya Hidup Tue, 24 Dec 2019
Gaya Hidup Wed, 5 Dec 2018

Lihat Gambar Dari Majlis Perkahwinan Priyanka Chopra & Nick Jonas Yang Penuh Magis

Priyanka nampak gorgeous bagai puteri manakala Nick pula segak sungguh.

Featured Sun, 12 Apr 2020
Gaya Hidup Tue, 9 Oct 2018

11 Perkara Yang Anda Kena Buat Jika Rumah Anda Dipecah Masuk

Ambil tahu langkah-langkah ini supaya ia mudah diselesaikan.

Gaya Hidup Fri, 5 Apr 2019

4 selebriti ini membuktikan mereka ‘wanita besi’ dengan menjalani pembedahan C-Section!

April adalah bulan menghargai wanita yang menjalani C-Section.

Gaya Hidup Thu, 15 Feb 2018

Jangan Sedap Makan Saja! Ini 5 Jenis Bahan Makanan Lazim Yang Boleh Menambahkan Risiko Kanser

Semakin moden dunia kita hari ini, semakin bertambah penyebab yang boleh mengakibatkan kanser, termasuklah apa yang kita makan setiap hari.