Gaya Hidup By: Ad Ops October 9, 2018 @ 11:00am

11 Perkara Yang Anda Kena Buat Jika Rumah Anda Dipecah Masuk

Kalau dah nasib, memang tak boleh nak buat apa-apa selepas kejadian malang seperti ini berlaku kepada kita.

Anda memang berhak untuk meratapi kehilangan barang-barang milik anda, tapi ada beberapa langkah yang anda perlu ambil supaya hal ini boleh diselesaikan secepat mungkin.

Kalau anda lucky, si penjahat ini dapat ditangkap. Anda pun boleh tolong untuk memudahkan kerja pihak polis. 

Kalau tak pun, jika anda ada mengambil insurans, anda masih boleh menuntut ganti rugi.

Jom ketahui apa yang anda perlu buat setelah berlakunya kejadian pecah rumah.

1. Hubungi pihak polis

Anda perlu melaporkan insiden ini kepada pihak polis supaya ada tersimpannya rekod. Anda juga perlu dapatkan informasi penting untuk menuntut insurans.

2. Jangan sentuh apa-apa

Ada kemungkinan yang anda dengan tak sengajanya mungkin akan merosakkan mana-mana bukti sebelum polis tiba.

3. Ambil gambar

Foto: katu.com

Gambar-gambar ini akan bertindak sebagai bukti tambahan tentang bagaimana rupanya rumah anda sebaik saja kecurian ini berlaku. Gambar yang diambil oleh pihak polis mungkin tak mencukupi atau syarikat insurans anda mungkin akan memerlukan lebih banyak gambar. Jadi tak salah untuk ambil gambar sendiri.

4. Hubungi syarikat insurans

Cepat-cepat hubungi syarikat insurans anda supaya mereka boleh membantu anda mendokumenkan kerosakan, menyenaraikan barang-barang yang hilang serta membuat tuntutan.

5. Dokumenkan segalanya

Simpan satu senarai barang-barang yang hilang dan anggaran nilainya. Anda mungkin ingin melukis bentuk barang itu sekali dengan tanda-tanda yang boleh membezakan barang milik anda dengan hak milik orang lain. Simpan satu salinan untuk keperluan insurans.

6. Cari dokumen bukti pemilikan harta

Setiap kali anda membeli barang-barang berharga, anda memang patut simpan resitnya supaya senang untuk membuktikan kepada syarikat insurans yang ia memang hak milik anda.

7. Kukuhkan keselamatan rumah anda

Foto: Safety.com

Bila rumah anda dah dipecah masuk, mungkin itulah tanda yang anda kena kuatkan lagi keselamatannya. Ini mungkin bermakna anda kena pasang kamera, tambah lagi banyak lampu di sekeliling rumah ataupun tukarkan mangga kunci yang lebih kuat.

8. Hubungi bank

Just in case, hubungi bank anda. Manalah tahu, mungkin si pencuri itu mungkin ada access terhadap rekod kewangan anda juga. Anda mungkin tak boleh lihat kesan kecurian ini serta-merta tapi anda boleh mengelakkan sebarang kecurian pada masa depan dengan menukar nombor pin atau informasi kewangan lain.

9. Beritahu jiran

Pencuri suka “attack” tempat yang sama beberapa kali kerana mereka selalunya dah lama perhatikan sesuatu kawasan perumahan itu sebelum bertindak. Jadilah jiran yang baik dengan memberi amaran kepada orang sebelah rumah supaya mereka lebih berhati-hati.

10. Minta perkembangan siasatan dari pihak polis

Mestilah anda nak tahu jika polis dah tangkap penjahat ini ke belum, kan? Tapi kes jenayah tak dapat diselesaikan semalaman. Walau bagaimanapun, follow up saja dengan pihak polis.

11. Bercakap dengan seseorang

Sebuah insiden kecurian ini boleh mewujudkan rasa tak selamat dalam diri mangsa, dan malangnya ia boleh meleret. Jika anda merasai kesan sampingan daripada insiden sebegini, pastikan anda luahkan sebarang perasaan anda yang tak sedap kepada seseorang yang profesional yang boleh bantu anda hilangkan rasa sangsi.

Hati-hati ya!

Sumber: Reader’s Digest

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Thu, 12 Apr 2018

Ini Cara Nak Buat Bila Sinki Dekat Rumah Anda Tersumbat. No. 4 Memang Berkesan!

Masalah sinki tersumbat mesti akan mengganggu kaum wanita yang biasanya adalah orang yang paling sibuk melakukan tugasan di rumah.

Gaya Hidup Thu, 13 Sep 2018

Pelakon Hollywood Jennifer Lawrence Dedah Sebab Dia Membenci Platform Media Sosial

Bukan ke semua artis sekarang mesti ada sekurang-kurang satu akaun?

Featured Wed, 15 Apr 2020

Pelakon Avengers bantu BeautyUnited sumbang dana perangi COVID-19

Pengasas jenama kecantikan AS bersatu taja PPE

Gaya Hidup Tue, 17 Apr 2018

Hasilkan Skrub Sendiri Menggunakan Beras Dan Barli. Kesannya Memang Menakjubkan!

Inginkan kulit licin mulus anda boleh cuba buat skruB menggunakan bahan dapur ini. Hasilnya sangat menakjubkan!

Featured Fri, 27 Mar 2020

Kerajaan salur RM250 bilion bantu setiap lapisan masyarakat

Pakej rangsangan ekonomi komprehensif tangani COVID-19

Gaya Hidup Wed, 24 Jul 2019
familuv Tue, 17 Jan 2023

“Sampai Mampus Pun Hidup Kau Sempit Sebab…” – Suami Fatin Afeefa Minta Netizen ‘Stop’ Bandingkan Diri

Suami kepada pelakon cantik Fatin Afeefa, Aliff Awang menasihati warganet untuk tidak membandingkan diri sendiri dengan orang lain. @aliff_awangRILEK AAAA WEH Ramai sibuk mengejar impian tapi sekerat jalan. Semua berpunca dari KAU bandingkan diri KAU […]

Featured Tue, 17 Dec 2019

Selamat datang 2020, 5 azam buat wanita kekal bahagia!

Mulakan azam dengan memperbaiki diri

Gaya Hidup Fri, 18 May 2018

Mulut Berbau Busuk Ketika Berpuasa? Jangan Malu, Atasinya Dengan Tip Ini

Jangan biarkan diri anda berasa malu dengan masalah bau mulut. Ikuti 5 tip ini.

Featured Fri, 20 Jan 2023

Berangkat Ke Tanah Suci Tanpa Anak, Alif Teega & Aisyah Hijanah Ingin Fokus Ibadah

Personaliti media sosial, Alif Teega bersama isterinya, Aisyah Hijanah berangkat ke Makkah berdua tanpa kehadiran anak-anak mereka. @alifteegaAlhamdulillah❤️ rezeki jadi tetamu Allah. Doakan Alif dan Aisyah selamat pergi dan pulang. Sedih tinggal deejah dan Hassan […]