Gaya Hidup By: Padin November 9, 2023 @ 4:07pm

Converse Serlah Bakat Seniman Muda Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina & Vietnam Menerusi Kempen Kreatif

Converse terus menyemarakkan semangat komuniti kreatif dengan ‘Create Next’, sebuah kempen serantau yang bermatlamat untuk memperkasakan belia komuniti-komuniti kreatif dan seniman-seniman (sub)budaya untuk lebih berkarya dalam bidan muzik, seni lukis, sukan, dan fesyen.

Berpusat di Asia Tenggara, kempen ini mengetengahkan belia-belia kreatif serantau dalam satu gerakan budaya yang bersepadu.

Kempen ini adalah kesinambungan tradisi Converse yang sudah lebih seabad mendukung budaya ekspresi diri, menghubungkan ahli-ahli muzik, seniman-seniman, atlit-atlit, serta pemimpi-pemimpi dan pemikir-pemikir muda serata dunia dan budaya untuk terus-menerus berkarya.

Kempen Create Next menyaksikan Converse membuat kolaborasi dengan ahli-ahli muzik, penari-penari, pemain-pemain luncur, dan seniman-seniman visual serta sinematografi dari Malaysia, Indonesia, Singapore, Vietnam and Filipina sebagai model-model dan tokoh-tokoh untuk sebuah kempen yang diharap akan merangsang Gen Z dengan bakat, kerja dan pencapaian mereka.

Kempen ini adalah satu seruan mencabar generasi seterusnya untuk menggegar status quo dengan merekacipta, membuat penemuan, dan meluahkan diri mereka dengan Converse sebagai asas dan permulaan menyemarakkan pengalaman-pengalaman dan pencapaian-pencapaian unik sambil meneroka gaya sendiri.

Melalui semangat baharu ini, Converse berharap dapat merangsang belia-belia kita untuk menjadi lebih kreatif dan menghasilkan karya-karya yang inovatif, memecah acuan, dan segar.

Kempen ini terdiri dari pelbagai aktivasi di setiap negara yang terlibat, sebuah filem pendek 60-saat dan sebuah jeyarawara.

Jeyarawara ini menampilkan persembahan-persembahan muzik yang telah dijadualkan di beberapa lokasi yang popular di kalangan belia-belia dan komuniti-komuniti kreatif sekitar setiap negara yang terlibat.

Converse Indonesia juga akan turut menjayakan konsert muzik Converse yang julung-julung kali di Indonesia pada akhir 2023.

Sebahagian besar kempen ini akan diterbitkan di Singapura, dengan bimbingan seniman sinematografi tempatan Marcus Chow Li Ming yang juga seorang Converse All Star.

Penerbitan akan dijalankan di beberapa lokasi popular untuk Gen Z Asia Tenggara, dan akan menampilkan budaya-budaya dan belia-belia kreatif unik dari setiap negara.

Malaysia akan diwakili oleh seniman-seniman seni lukis muda yang berkarya dalam studio mandiri mereka sendiri.

Singapura akan menampilkan sebuah lokasi penuh mural yang popular untuk belia-belia berhimpun; sebuah lokasi yang dimana budaya jalanan Singapura bermula.

Vietnam ditampilkan melalui babak-babak di pasar Ben Thanh yang bertempat di bandaraya Ho Chi Minh, simbol dan jiwa Saigon.

Filipina pula mengetengahkan Poblacion Makati, sebuah ruang seni dan muzik yang menjadi latar filem pendek ini.

Antara artis-artis yang berkolaborasi dalam kempen ini termasuk:

• Seniman seni visual dan seni halus, Sofia Harun – Malaysia
• Kugiran, Late Night Frequency – Malaysia
• Peluncur, Camy – Malaysia
• Seniman kek, Charmwasabi – Malaysia
• Ahli muzik, Rizkia Laras (@rizia.laras) – Indonesia
• Rapper, Cito Gakso (@citogakso) – Indonesia
• Peluncur, Calgo (@_calgo) – Indonesia
• Penari, Nandita Nada (@nanditanada) – Indonesia
• Penari, Shamey (@shxmeelix) – Singapore
• Ahli muzik dan penari, Pay (@payxabengg) – Vietnam
• Ahli muzik dan penari, Ken San Jose (@kensanjose) – Filipina

Kempen ini dilancarkan pqdw Oktober di semua saluran YouTube Converse serta platform-platform media sosial negara-negara terlibat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Wed, 18 Mar 2020

Manisnya wajah Puteri Ameerah, cantik persis ibunya Azrinaz

Tampil berhijab, Puteri Ameerah curi perhatian!

Featured Tue, 2 Jul 2019

Cantik & langsing bak Kilafairy. Ini rahsianya!

Anda pun boleh jadi sepertinya!

Featured Tue, 17 Jul 2018
Gaya Hidup Wed, 27 Jun 2018

Nak Buat Open House Raya? Ini Tip Penyediaan Makanan Yang Selamat Diamalkan

Dalam pada keterujaan menjamu juadah kepada tetamu, jangan sesekali memandang remeh soal kebersihan dan keselamatan dalam menyediakan makanan.

Gaya Hidup Tue, 25 Dec 2018

Apa Itu Mighty Girl Effect? Jom Baca!

‘Mighty Girl Effect’ iaitu perasaan empati yang wujud dalam diri si bapa ketika melihat cabaran yang perlu ditempuhi anak perempuannya.

Gaya Hidup Tue, 12 Nov 2019

Perlukah cuci tuala wanita sebelum buang? Ini pendapat mufti KL

Kalau tidak, nanti jin “makan”! Betul ke?

Featured Wed, 16 May 2018

Jom Kenali Pengasuh Anak Putera William & Kate Middleton Serta Kemahiran Yang Dia Perlu Ada

Bukan sesiapa saja yang boleh jadi nanny untuk budak-budak diraja ini!

Featured Thu, 25 Oct 2018

Bagaimana Mendapat Gambar Yang Perfect Untuk Instagram, Ini Taktiknya!

Kalau nak gambar dapat banyak tanda suka, foto-foto yang dimuat naik mestilah kena perfect!

Featured Fri, 1 Mar 2019

12 rutin penjagaan kecantikan Janna Nick, nombor 10 amat mengejutkan!

Bak kata orang, ‘Kecantikan melalui penderitaan’