Gaya Hidup By: Yanie Baharom July 8, 2018 @ 10:00am

6 Selebriti Jelita Menjadi Pemangkin Karier Bintang Bola Sepak Ternama

Lima wanita ini mencuri perhatian tatkala peminat sukan bola sepak tertumpu kepada pasukan gergasi yang beraksi untuk merebut Piala Dunia.

Berstatus teman wanita juga isteri kepada bintang bola sepak ternama, wanita-wanita ini dilihat sebagai pembakar semangat kepada pasangan masing-masing.

Apa yang penting, mereka bukan sahaja cantik, tetapi juga berjaya dalam karier masing-masing.

1. Edurne García Almagro (David de Gea)

Foto: sputniknews

Menggunakan nama Edurne, wanita berusia 33 tahun ini merupakan seorang penyanyi dan pelakon yang berjaya di Sepanyol.

Selain itu, dia juga merupakan salah seorang bintang pementasan muzikal, Grease, El musical de tu vida, yang dipentaskan dari 2007 hingga 2013.

Berkenalan dengan de Gea pada tahun 2010, belum ada perkembangan jika pasangan ini merancang berkahwin dalam masa terdekat.

2. Anna Lewandowski (Robert Lewandowski)

Foto: Bunte

Anna yang mengahwini Robert pada 2013, merupakan seorang atlet dan pernah mewakili Poland dalam banyak kejohanan karate.

Percaya atau tidak, pemilik tali pinggang hitam ini sudah memenangi hampir 30 pingat sepanjang kerjayanya dalam sukan karate.

Bukan itu sahaja, Anna juga merupakan pemegang sarjana dari Akademi Pendidikan Fizikal dan kini dikenali di Poland sebagai pakar nutrisi.

3. Bruna Marquezine (Neymar)

Foto: lindaikejisblog

Lihat pada paras rupa dan ketinggiannya sahaja, kita sudah dapat meneka Marquezine merupakan supermodel A-list di Brazil.

Namun wanita yang mirip wajah Selena Gomez ini terlebih dahulu memulakan kerjaya sebagai pelakon kanak-kanak dan pernah memenangi banyak anugerah.

Dilabel sebagai Posh and Becks Brazil, hubungan Marquezine dan Neymar pernah beberapa kali terputus, namun jodoh mereka nampaknya masih kuat sehingga kini.

4. Shakira (Gerard Pique)

Foto: Popsugar

Tidak perlu diperkenalkan lagi, Shakira yang telah melahirkan 11 buah album sepanjang hampir tiga dekad dalam industri muzik, kini antara bintang Latin dengan jualan album tertinggi, iaitu 60 juta.

Menariknya, perkenalan Shakira dan Pique juga ‘bermula’ melalui Piala Dunia, iaitu ketika Pique terbabit dalam pembikinan video muzik lagu tema Piala Dunia 2010, Waka Waka (This Time For Africa), nyanyian Shakira.

5. Antonella Roccuzzo (Lionel Messi)

Foto: Nación Deportes

Biarpun bukan wanita berkerjaya seperti yang lain, Roccuzzo layak berada dalam senarai ini kerana dia dianggap ramai sebagai tulang belakang kejayaan Messi.

Merupakan teman sepermainan Messi sejak kecil, Roccuzzo dilihat sentiasa berada di sisi suaminya, tidak kira dalam apa juga situasi.

Biarpun Messi merupakan antara pemain bola sepak paling terkenal di dunia, namun Roccuzzo lebih selesa memilih gaya hidup low profile bersama tiga anak mereka, Thiago, Mateo dan Ciro.

6. Georgina Rodriguez (Cristiano Ronaldo)

Foto: grihat.com

Berusia 22 tahun, si cantik ini baru sahaja memulakan kerjaya dalam bidang peragaan, namun tidak kekok menyesuaikan diri sebagai ibu kepada anak perempuan mereka, Alana Martina.

Malah dalam usia yang masih muda, Rodriguez nampaknya tidak mempunyai masalah mengambil tanggungjawab sebagai ibu kepada tiga lagi anak Ronaldo, iaitu Cristiano Ronaldo Jr, serta pasangan kembar, Eva dan Mateo.

Sumber: Astro Awani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 30 Aug 2019
Featured Mon, 19 Aug 2019
Gaya Hidup Mon, 8 Jan 2018

Nak Tahu Anda Sihat Atau Tak, Ini 6 Warna Darah Haid Yang Anda Kena Pantau

Setiap bulan, apa yang selalu wanita akan tertunggu-tunggu? Sudah semestinya kitaran haid untuk sampai betul tak? Kalau haid tak sampai pada masa yang sepatutnya, risau juga dibuatnya. Tetapi, tahukah anda bahawa warna darah haid kita […]

Gaya Hidup Fri, 19 Oct 2018

5 Teknologi Tercanggih Yang Bakal Mengubah Gaya Hidup Masyarakat Dunia

Peralatan realiti maya boleh diubah suai dan digunakan sebagai kanta untuk pembedahan yang rumit.

Featured Fri, 27 Dec 2019
Acara Sat, 14 Dec 2019

Jurusolek, pintu gerbang untuk menjadi usahawan kosmetik

Langkah kecil yang boleh menguntunkan jika kena gayanya

Gaya Hidup Fri, 16 Aug 2019

Pernah ditipu secara ‘online?’ Ini apa yang anda perlu buat & cara pencegahan

Tahap kesedaran warga Malaysia nampaknya masih rendah.

Featured Sat, 3 Dec 2022

Jangan Mudah Leka, Ini Nasihat Fathi Hussein Kepada Anak Muda

Pempengaruh Fathi Hussein yang juga merupakan seorang guru, terkenal dengan teknik mudahnya dalam menguasai mata pelajaran matematik tambahan. @mcplus.myawak hanya ada masa sekarang sahaja untuk lakukan yang terbaik ✨♬ original sound – mcplus.my Menerusi perkongsian […]

Featured Thu, 14 May 2020