Gaya Hidup By: tex_admin April 14, 2018 @ 6:00pm

7 Tips Supaya Suami Sentiasa Rindukan Isteri. Anda Wajib Amalkan!

Kepada anda yang sudah berkahwin pasti akan melalui detik-detik bahagia bersama suami dan anak-anak. Tetapi, ada juga fasa pertelingkahan mungkin atas sebab-sebab tertentu. Kadang-kadang kita tidak tahu pun punca pergaduhan kerana suami secara tiba-tiba tidak mahu bercakap dengan kita.

Tahukah anda, tidak semua perkara yang kita lakukan disukai oleh suami. Tanpa anda sedari, apabila suami pulang daripada kerja, kita terus mengadu masalah anak atau meluahkan tentang ketidakpuasan hati. Suami yang kepenatan bekerja terus tiada mood bila mendengar luahan anda! Ternyata kelakuan kita ini tidak disukai suami. Yela, kepulangan mereka disambut dengan seribu satu masalah. Mungkin perkara ini yang menyebabkan segelintir suami tidak terus pulang ke rumah selepas kerja. Pernah tak anda lalui situasi ini?

Jadi, sebelum suami bosan dengan perangai isteri lebih baik kita cepat berubah dan bertindak! Biar suami sentiasa rindukan isteri dan mahu cepat pulang ke rumah. Tapi bagaimana caranya ya? Jangan risau kami senaraikan 7 tips ini yang boleh anda lakukan.

1. Sambut kepulangan suami dengan senyuman. Barulah sejuk hati suami! Kalau sambut suami dengan muka yang masam pasti akan mengubah mood mereka menjadi lebih teruk!

2. Pastikan anda sentiasa rapi dan wangi. Haruman wangi dan penampilan yang rapi menjadi terapi buat suami. Biarkan dia sentiasa nampak kita hot!

3. Anda perlu mengambil barang pada tangan suami seperti beg galasnya atau barang yang dibelinya. Apabila anda buat sebegitu, suami akan merasakan anda menghargainya.

4. Apabila suami pulang daripada bekerja, buatkan air kegemarannya. Suami yang baru pulang biasanya akan keletihan apabila dia minum air yang anda buatkan pasti akan kurang sedikit kepenatannya.

5. Anda juga perlu berbual-bual perkara yang santai dengan suami. Contohnya, bertanyakan tentang keadaannya di tempat kerja dan bagaimanan hari yang dilalui pada hari itu. Biar suami tahu bahawa anda peka terhadap kehidupannya setiap hari.

6. Apabila suami pulang bekerja, biarkan suami makan dan rehat dahulu. Sementara suami bersihkan badan, anda juga boleh hidangkan makanan kegemarannya. Barulah suami sayang lebih!

7. Bila anda melihat suami anda sudah tenang, masa inilah yang sesuai untuk anda ‘masuk jarum’ sama ada nak minta beli barang atau mengadu masalah anak-anak ataupun masalah lain. Sebenarnya, keadaan suami yang sudah kenyang dan saat dia sedang berehat waktu inilah yang sesuai untuk anda utarakan isu yang mahu dibincangkan kerana suami akan lebih rasional dan bersedia.

Kesimpulannya, mungkin ada dalam kalangan anda yang merasakan tips yang kami senaraikan sesuatu perkara yang mudah. Tetapi, ketahuilah perkara yang mudah ini akan menambat hati suami anda untuk sentiasa rindu dan menghargai anda. Belum cuba, belum tahu! Semoga berjaya!

Sumber: Mingguan Wanita

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 19 May 2020
Featured Mon, 6 Apr 2020

Mahu buat pastri Perancis di dapur sendiri? Ini caranya

Tak perlu ke sana untuk makan pastri enak ini

Gaya Hidup Thu, 18 Oct 2018

10 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Tentang Kopi

100 cawan kopi sehari cukup untuk membunuh seorang manusia.

Featured Wed, 29 Apr 2020
Gaya Hidup Tue, 4 Dec 2018

5 Barangan Isi Rumah Yang Bahaya Buat Si Manja!

Pelbagai jenis produk rumah yang mengandungi bahan kimia dan mampu memberi kesan buat anda sekeluarga.

Featured Thu, 7 May 2020
Gaya Hidup Thu, 22 Mar 2018

Resepi Air Jagung Kaw, Minum Segelas Gerenti Ketagih

Tambahan pula kalau dapat yang pekat melekat kaw, fuhh..memang ketagih la.

Featured Fri, 27 Mar 2020
Gaya Hidup Tue, 12 Jun 2018

8 Jenis Makanan Manusia Yang Selamat Untuk Diberikan Kepada Kucing Anda

Mereka bukan suka makan ikan dan minum susu saja.

Gaya Hidup Thu, 28 Jun 2018

Ini Rahsia Puteri Aishah Untuk Kekal Cantik & Sihat Yang Perlu Anda Tahu

Kalau anda nak sentiasa cantik dan sihat macam Puteri Aishah, sila amalkan tip yang dikongsikan ini.