Categories: Gaya Hidup

Guru ini hasilkan lukisan yang sangat menakjubkan, anda pasti kagum!

Bukan mudah untuk menggalas tanggungjawab sebagai guru. Ada kalanya, guru perlu berhadapan dengan pelbagai ragam pelajar dalam kelas. Justeru, guru perlu kreatif untuk menarik minat pelajar agar sesi pembelajaran tidak membosankan.

Seorang guru dari Austria, Ursula Doughty mempunyai cara tersendiri untuk menjadikan kelas muzik di sebuah sekolah asrama lelaki menjadi sesuatu yang menyeronokkan. Doughty yang juga merupakan seorang ibu dan juga pelukis mengambil pendekatan menggunakan bakat yang ada pada dirinya dengan melukis karakter kartun popular seperti watak Disney pada lembaran nota muzik.

Lihat sahaja lukisannya di bawah, memang cantik dan menarik!

Hebat! Menariknya, wanita yang mempunyai semangat dan bakat besar dalam bidang seni ini menggunakan pelbagai medium untuk menghasilkan lukisan yang sangat kreatif dan cantik.

“Saya mencetak muka depan kertas papan Bristol dari Strathmore, menggabungkan Polychromos daripada Faber-Castell dengan pensel warna Premier daripada Prismacolor dan Caran d’Ache. Semua sketsa dibuat dengan pensil Faber-Castell 9000.

“Saya suka seni dan saya gemar menjadi kreatif. Saya telah banyak mengajar diri mengenai pelbagai perkara serta teknik kreatif dengan hanya mencuba dan melakukannya,” kongsinya kepada Bored Panda.

Selain melukis pada helaian nota muzik, Doughty yang sudah memiliki lebih 74, 400 pengikut di laman Instagram turut memukau peminat seni lukisan dengan karyanya yang nampak ‘hidup.’

Kredit gambar: Instagram @Doughty CreARtive

Ad Ops