Categories: Gaya Hidup

Ini Sebab Kenapa Anda Tak Patut Biarkan Handphone Anda Dicas Semalaman

Ramai daripada kita selalunya mengecas telefon bimbit kita sebelum tidur, dengan harapan esok paginya bateri telefon tersebut dah penuh.

Tapi anda pernah dengarkan, yang kita tak patut biarkan telefon kita dicas berlebihan? Kononnya lama-lama kuasa bateri itu akan berkurangan.

Rupa-rupanya memang betul! Ada satu kajian terbaru yang mengesahkan kenyataan itu.

Berita baiknya, anda tak perlu risau jika telefon anda dicas berlebihan. Ini adalah kerana secara automatik ia akan menghentikan kemasukan cas sebaik saja baterinya mencapai 100%. Nama pun telefon pintar!

Tapi walaupun ia terhenti, lama-lama peratusan bateri itu akan berkurangan, kan? Pada masa inilah charger telefon anda akan terus mengecas.

Apabila proses ini berulang-ulang sepanjang malam, ia akan menyebabkan bateri akan bekerja lebih kuat daripada biasa.

Kalau anda perasan, apabila anda gunakan telefon berjam-jam, telefon anda akan berasa panas, betul tak? Samalah juga kesnya dengan apabila ia dicas lama-lama.

Suhu yang tinggi akan mempercepatkan penggunaan bateri manakala kuasa voltan tinggi pula akan memberi tekanan kepadanya.

Jika anda biarkan telefon anda dicas semalaman (untuk lebih kurang 8 jam), anda menambahkan masa ia bersambung ke bekalan kuasa. Secara tak langsung ini akan melemahkan kapasiti bateri lebih cepat daripada jika anda hanya mengecasnya selama 2 jam.

Kiranya bateri telefon ini sama saja dengan bateri kereta: kuasanya akan menyusut dari saat pertama ia digunakan.

Tips!

Foto: Rawpixel.com/Unsplash

Anda bagaimanapun boleh cuba bantu telefon anda supaya tahan lebih lama dengan mengubah tabiat mengecas anda.

Para pakar bateri telefon bimbit sarankan anda untuk tidak tunggu sampai bateri mencecah 0%, lepas itu baru nak cas.

Apabila ia dah sampai 35% atau 40% baru sesuai. Pengecasan penuh (maksudnya dari 0%) akan lebih menjejaskan kapasiti bateri daripada pengecasan separuh.

Telefon anda juga seelok-eloknya perlu berada dalam keadaan sejuk, jadi cabut dulu casingnya sebelum mengecas.

Ingat juga ya! Jangan letakkan telefon anda di bawah bantal. Takut meletup pula nanti.

Sumber: Time, The Sun

Ad Ops