Gaya Hidup By: Ad Ops August 27, 2018 @ 6:00pm

Lindungi Diri & Keluarga Anda Dengan Rangkaian Follow Me Anti-Bakteria

Jenama penjagaan peribadi ternama, Follow Me, memperkenalkan rangkaian anti-bakteria formulasi baharu dengan kelebihan yang lebih baik. Formulasi baharu ini memberikan perlindungan dan kelembapan kepada kulit pada masa yang sama, memberikan haruman pada badan pengguna.

Rangkaian anti-bakteria baharu Follow Me bukan sahaja membunuh 99.99% bakteria berbahaya malah mempunyai pH 5.5 dan bebas daripada Paraben dan Triclosan supaya kulit pengguna lembut dan lembap selepas menggunanya. Ia mengandungi pelbagai kandungan yang berfaedah dan sesuai digunakan oleh seisi rumah untuk perlindungan terbaik.

Terdiri daripada lima varian termasuk dua varian baharu iaitu Whitening dan Beauty Moisturising bagi rangkaian mandian badan anti-bakteria baharu Follow Me. Tiga varian terdahulu iaitu Extra Cool, Natural Fresh dan Family Protection kekal mencatatkan jualan terbaik dalam pasaran.

Pengurus Kanan Produk Follow Me, Jessky Hah berkata, “Follow Me telah menjadi jenama isi rumah selama 35 tahun di Malaysia dan kami telah mengekalkan kepercayaan pengguna sepanjang tempoh tersebut.

Kejayaan tersebut didorong oleh keupayaan Follow Me memahami keperluan pengguna Malaysia yang memerlukan produk dengan kelebihan yang lengkap pada harga berpatutan. Kami juga bertekad dalam inovasi produk dengan nilai fungsi yang lebih baik.

Rangkaian formulasi anti-bakteria baharu Follow Me antaranya, mampu melindungi pengguna dengan lebih baik daripada bakteria berbahaya serta memberi kelembapan kepada kulit dan haruman kepada badan. Kami mahukan kesemua pengguna produk Follow Me menikmati pengalaman mandian yang menyamankan.”

Rangkaian anti-bakteria Follow Me terdiri daripada mandian badan, sabun mencuci tangan dan sanitasi, bergantung pada varian. Rangkaian anti-bakteria formulasi baharu Follow Me kini boleh didapati di semua kedai runcit utama, pasar raya besar, pasar raya dan rangkaian farmasi terpilih.

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web www.tohtonku.com.my serta laman sosial Facebook dan Instagram.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 30 Oct 2019
Gaya Hidup Fri, 17 Jan 2020

Kenapa ‘lemau’ setiap kali menjelang Isnin?

Jadikan Isnin sebagai permulaan hari yang membahagiakan!

Featured Mon, 18 May 2020

Kerajaan mungkin kuat kuasa larangan keluar bagi kanak-kanak

Elak golongan berisiko terdedah pada COVID-19

Gaya Hidup Mon, 28 Jan 2019

33 gambar laut dalam yang menang anugerah, anda pasti terpukau melihatnya

Gambar-gambar ini akan membuatkan anda mengagumi ciptaan Tuhan

Featured Wed, 17 Jan 2018

7 Makanan Bantu Tingkatkan Nafsu Seks!

Kita selalu dengar tentang ungkapan kehidupan bagaikan roller coaster. Namun, kita tidak sedar keghairahan nafsu seks wanita juga seperti roller coaster, ada turun dan naiknya. Ada waktu cukup membara, tapi ada ketika, ‘selera’ pun tak […]

Gaya Hidup Sat, 18 Aug 2018
Featured Wed, 11 Mar 2020

PUNB perkenal pelbagai pakej pembiayaan bantu usahawan wanita

Inisiatif termasuk usahawan terjejas akibat COVID-19

Featured Wed, 1 Apr 2020

Manfaatkan fasa ke-2 PKP sebaik mungkin

Set minda agar hargai masa duduk di rumah