Gaya Hidup By: tex_admin October 17, 2019 @ 2:34pm

Love bomb: kepalsuan yang berselindung di sebalik kebaikan

Oleh Muhammad Amnan Hibrahim

Setiap individu pastinya menginginkan dirinya dihargai oleh orang lain. Itu adalah fitrah dan normal bagi setiap individu dan kita tidak boleh mengelak perasaan sedemikian walaupun kita cuba menafikannya. 

Bayangkan jika kita bertalu-talu menerima mesej luahan perasaan daripada individu berlainan jantina yang menyatakan perasaannya kepada kita, apakah tindakan yang boleh dilakukan?

Situasi di mana seseorang individu menerima satu kejutan daripada pasangan yang dicintai pastinya saat yang ditunggu-tunggu oleh setiap daripada kita tidak kira lelaki mahupun perempuan.

Menerima hadiah seperti rantai pada waktu makan malam, dihadiahkan dengan satu pakej pelancongan ke tempat yang diidamkan serta janji manis mengenai masa hadapan yang akan dilalui bersama tentunya akan mengundang suasana romantik dalam sesuatu perhubungan.

Bagaimanapun, tidak semua kejutan, perhatian dan juga kelakuan yang ditunjukkan seseorang pelaku di dalam sesuatu perhubungan itu mempunyai niat yang ikhlas dalam menzahirkan rasa cinta kepada pasangannya.

Untuk mengetahui akan tahap keikhlasan pasangan di dalam perhubungan pastilah bukan sesuatu yang mudah. Apatah lagi perbuatan menzahirkan kasih sayang melalui kejutan mahupun kata-kata diketahui umum antara bahagian penting dalam satu proses percintaan.

Love bomb

Foto: Life Advencer

Cinta letup atau istilah bahasa inggerisnya love bomb adalah suatu perlakuan di mana seseorang itu memberikan perhatian dan kasih sayang yang luar biasa kepada individu yang mereka sayangi ataupun kehendaki.

Selain daripada mendapatkan perhatian daripada seseorang individu, love bomb dilakukan bagi mempengaruhi dan juga memanipulasi individu mahupun kumpulan.

Mengikut sejarah, terma love bomb telah mula digunakan semenjak tahun 1970-an oleh seorang ketua kumpulan kultus  bernama Sun Myung Moon.

Di dalam kumpulan tersebut, Moon memperkenalkan suatu amalan yang perlu diamalkan oleh penganut kultus tersebut iaitu mereka perlu mempamerkan senyuman setiap saat dalam hidup mereka. Moon berkata amalan yang dinamakan love bomb itu adalah budaya terbaik yang boleh dipraktikkan dalam menzahirkan rasa cinta yang dimiliki oleh seseorang individu kepada masyarakat.

Selain itu, amalan menzahirkan perhatian dan juga kasih sayang yang berlebihan ini turut digunakan oleh ketua kultus berbahaya yang lain seperti Jim Jones, Charles Manson dan juga David Koresh dalam usaha mereka mengumpulkan penganut ajaran mereka.

Hal yang demikian menunjukkan betapa berkuasanya perlakuan love bomb untuk memujuk, mengawal dan mempengaruhi seseorang dalam kehidupan mereka. Oleh itu, sebagaimana individu yang hidup dalam masyarakat, berhati-hati adalah peringatan terbaik agar kita tidak terjebak dengan love bomb ini.

Terdapat juga saat di mana love bomb ini boleh digunakan untuk perkara yang positif. Sebagai contoh, pakar psikologi berpendapat cinta letup boleh digunakan oleh ibu bapa dalam usaha mereka untuk memujuk mahupupun mempengaruhi anak mereka ke arah yang lebih baik.

Selain itu, ahli psikologi berpendapat yang love bomb sering kali digunakan oleh individu dalam sesebuah perhubungan demi memenuhi cita-cita individu mahupun mengangkat ego mereka ke tahap yang lebih tinggi.

Love bomb bukan cinta sejati

Berbeza dengan cinta yang tulen, perlakuan love bomb dalam sesebuah perhubungan adalah bertujuan untuk kepentingkan diri dan juga membesarkan ego si pelakunya, bukannya untuk berkongsikan kasih sayang dengan pasangannya.

Modus operandi yang biasa dilakukan oleh individu yang menggunakan taktik love bomb adalah memberikan pelbagai kejutan yang silih berganti, di samping janji-janji manis yang diberikan semasa perbualan di meja makan.

Mangsa kepada love bomb pastinya terpedaya dengan segala perlakuan dan juga kata-kata yang menggambarkan seloah-olah mereka ini begitu dihargai oleh pasangannya.

Tetapi perlu diingat, segala usaha yang dilakukan oleh pasangannya itu bukanlah bertujuan untuk menunjukkan kasih sayang dan kesetiaan, sebaliknya ia dilakukan bagi mempengaruhi dan memanipulasi mereka dalam memenuhi ego mahupun kehendak individu pasangannya itu.

Terjerumus ke dalam perhubungan bersama love bomber bukanlah sesuatu yang diingini oleh setiap orang. Untuk tempoh masa yang singkat, ia pastinya sesuatu yang menyeronokkan, namun konflik dan masalah pastinya akan timbul setelah hubungan tersebut berlanjutan pada jangka waktu yang lama.

Kebiasaanya, si pencinta letup akan mula bosan dengan perhubungan setelah tujuan utamanya iaitu mendapatkan perhatian dan juga mempengaruhi individu yang mereka sasarkan tidak berjaya.

Hal ini kerana tujuan mereka untuk terlibat dalam perhubungan tersebut adalah semata-mata untuk memenuhi kepentingan diri, bukannya untuk berkongsi rasa kasih dan sayang bersama pasangannya.

Bagaimanakah cara untuk mengenalpasti si pencinta letup yang sering berselindung di sebalik kejutan dan juga janji manis yang palsu?

Kenali fasa love bomb

Menurut pakar, cara yang mudah untuk mengenalpasti love bomber adalah dengan mengetahui gerak yang biasanya digunakan oleh si pencinta letup dalam perhubungan berkenaan.

Terdapat tiga fasa yang biasanya akan dilalui oleh seseorang yang bercinta dengan si pencinta letup iaitu fasa pembentukan idea (idealization), fasa pemomokan (devaluation) dan juga fasa menghilangkan diri (discard).

Pada fasa pertama, love bomber akan membuat pelbagai kejutan dengan cara memberikan hadiah dan juga melakukan usaha-usaha yang di luar jangka bagi mendapatkan perhatian pasangannya.

Foto: Pinterest

Lazimnya, love bomber akan melakukan perkara ini di awal-awal pertemuan. 

Selain itu, love bomber juga akan menyatakan keyakinan mereka terhadap pasangaanya untuk berkongsi hidup dengan pasangannnya pada ketika awal perhubungan. Mereka akan mengatakan pasangannya adalah individu yang sempurna buat diri mereka.

Di samping itu, love bomber juga kebiasaannya mampu untuk menggambarkan masa depan perhubungan mereka dengan agak teliti. Pelbagai janji manis yang akan ditaburkan ketika peringkat awal perhubungan mereka.

Setelah mendapat perhatian dan kepercayaan golongan sasaran, love bomber akan mula bertindak mengongkong mahupun mengawal pasangannya. Mereka akan mula cepat cemburu dan marah kepada pasangan mereka.

Segala tindakan pasangan mereka seperti keluar makan ataupun melakukan aktiviti bersama-rakan pasti akan dipersoalkan. Love bomber akan menggunakan waktu ini untuk mengongkong pasangannya.

Pasangan yang terjerumus dengan love bomber kebiasaanya akan melalui fasa pertama dan kedua secara silih berganti. Pada waktu ini, mangsa akan mengalami situasi di mana mereka terpaksa mengorbankan aspek tertentu dalam hidup mereka seperti rakan, aktiviti kesukaan mereka, malah hingga terpaksa mengorbankan ahli keluarga mereka sendiri untuk mengekalkan hubungan berkenaan.

Foto: Independent

Manakala fasa ketiga dalam perhubungan toksik ini adalah peringkat di mana love bomber akan menghilangkan diri daripada kehidupan pasangan mereka. Terdapat beberapa punca yang menyebabkan perkara ini berlaku:

-Mereka melihat pasangan mereka sudah hilang daya tarikan.

-Pasangan mereka sudah mula putus asa untuk mempertahankan hubungan serta turut mula mengharapkan pengorbanan daripada pihaknya.

Cinta letup bukan cinta sejati

Kesimpulannya, love bomb merupakan jenis perhubungan yang amat tidak sihat untuk individu yang mencari cinta sejati.

Hal ini kerana segala kejutan dan juga usaha yang dilakukan oleh love bomber adalah bersifat semata-mata untuk mendapatkan perhatian serta kawalan terhadap pasangannya, bukan untuk bersama-sama berkongsi rasa kasih dan sayang.

Jadi, penting untuk setiap individu terutamanya wanita yang mahu terlibat dalam sesebuah perhubungan untuk mengenalpasti sama ada pasangan yang mereka pilih itu adalah love bomber ataupun tidak demi memastikan mereka berada di dalam perhubungan yang tulen dan ikhlas.

Sumber: Huffington Post dan Psychology Today

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Fri, 7 Dec 2018
Featured Fri, 17 Feb 2023
Eat Travel Mon, 15 Apr 2019

5 Reasons Why This Hotel in KLIA 2 is The Best Hotel While in Transit in Kuala Lumpur

Let’s get real. Not many people would go on Google to search for “The best transit hotel in town” when they are travelling. Chances are, the travelers would settle for the first hotel they see […]

Gaya Hidup Sat, 13 Oct 2018

Wanita Ini Dipenjara 3 Bulan Kerana Periksa Telefon Bimbit Suami!

Biar betul kena penjara sebab check telefon bimbit suami? 

Gaya Hidup Sat, 12 Jan 2019

6 Easy Steps To Clean Your Pearl Accessories

Keep them clean so that they last longer.

Featured Wed, 25 Jul 2018

Tumit Kaki Pecah & Merekah? Jom Guna Bahan Ini, Gerenti Licin!

Meskipun ramai yang tidak memandang serius mengenai permasalahan ini, namun ia juga sama penting dengan merawat wajah.

Featured Sun, 31 May 2020

MySejahtera Check In mula beroperasi 2 Jun ini

Muat turun aplikasi MySejahtera

Gaya Hidup Thu, 8 Feb 2018

Nasi Tak Salah, Tapi Ada Makanan Yang Lebih Bagus

Mengapa setiap kali berdiet, ramai orang yang seboleh-bolehnya tidak mahu makan nasi? Biarpun ramai pakar pemakanan mengatakan nasi tak salah, namun masih ramai yang percaya nasi buat badan membulat!

Featured Sun, 5 Apr 2020

Selain memasak, ini satu lagi bakat terpendam Raja Permaisuri Agong

Untungnya Agong miliki isteri yang serba boleh