A. Aida Sindir Pelakon? Minta Jangan Tarik Diri ‘Last Minute’ Kalau Tak Nak Kena Saman, Netizen Komen – “Terbaik! Sound Direct Terus”

Pelakon dan penerbit sensasi, Datuk A. Aida mencuri perhatian selepas video yang dimuat naik di TikTok miliknya kembali tular.

Menerusi perkongsian tersebut, A.Aida dilihat ‘menegur’ barisan pelakon agar tidak menarik diri pada saat-saat kahir sekiranya tidak mahu di saman.

Video berdurasi 15 saat itu memperlihatkan A. Aida sedang memperkenalkan pelakon baru termasuklah Tash Yong yang terlibat dalam penggambaran sebuah drama untuk stesen televisyen terbitannya.

“Esok nak shoot telemovie untuk sebuah stesen televisyen okay. So, ni heroin dua orang.

“Korang jangan esok nak shoot, malam ni tarik diri. Aku saman korang berdua,” katanya.

Meninjau ke ruangan balas berkenaan, rata-rata pengikut penerbit itu memuji tindakannya yang tegas malah turut mengaitkan isu saman dengan pelakon popular, Amelia Henderson dan Idris Khan.

Salma Syahbuddin