Agih Sumbangan, Izzmad Harun, Aiman Tino Anjur Projek Sahur

Sempena bulan Ramadan ini, penyanyi Izzmad Harun, Aiman Tino, Fara Hazel dan Hafiz Bahri menganjurkan projek singgah sahur di Pusat Jagaan Anak Yatim Sri Kundang, baru-baru ini.

Menurut Izzmad, dia dan rakan-rakan selebriti memberi kejutan kepada 50 penghuni pusat itu yang mana mereka berpeluang bersahur bersama.

“ Saya, Aiman dan Fara berjaya mengumpulkan sumbangan dari pihak penaja yang sudi berkongsi rezeki sempena bulan mulia ini.

“ Kami berada di sini seawal jam 4 pagi untuk bersahur bersama anak-anak istimewa ini. Alhamdulillah projek kecil ini berjalan lancar,” katanya kepada Xtra.

 

Sementara itu, bagi Aiman pula dia teruja dapat menganjurkan program sebegini kerana dapat mengenang momen indah ketika kecil dahulu.

“ Ini adalah projek singgah sahur kali pertama dari kami. Sudah tentu saya sangat teruja kerana ia mengimbas kenangan lama dikejutkan adik beradik masa zaman kanak-kanak dahulu.

“ Sayu juga bila dapat peluang begini apabila diberi peluang dapat bersahur bersama penghuni di sini. Syukur Alhamdulillah, semoga ada peluang begini untuk tahun seterusnya,” katanya.

SGMS Faida