Amir Ahnaf ‘Payung’ Lagu Ungu, Peminat Puji Suara Persis Penyanyi Indonesia – “His Voice Is My Favourite Lullaby”

Pelakon Amir Ahnaf mencuri perhatian selepas video nyanyiannya dikongsikan semula oleh peminat di platform TikTok.

Menerusi perkongsian tersebut, Amir kelihatan berinteraksi dalam bahasa Indonesia sebelum mula menghiburkan peminatnya dengan menyanyikan lagu Aku Tahu dari Kumpulan Ungu.

“Jujur, saya mengantuk sangat masa buat cover ni,” tulisnya pada kapsyen video berkenaan.

Terkejut mendengar nyanyian tersebut, rata-rata warganet memuji bakat yang dimiliki anak muda berusia 23 tahun ini.

Malah, ada yang menganggap suara pelakon drama popular High Council ini persis penyanyi Indonesia.

“His voice is my favourite lullaby.

“Suaranya sama macam penyanyi Indonesia.

“Sedap suaranya! Siapa yang kata suara Amir tak sedap tu?

“Such a talented boy! Sedap suara.

“Sepatutnya dia kena bawa lagu ni bukan lagu Butter tu,” komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video berdurasi 1 minit itu telah meraih lebih 200,000 tontonan dan lebih 17,000 tanda suka sejak ia dimuat naik.

Salma Syahbuddin