Aik…Anak Shuib Minta Ibu Baru?

Disebabkan akan berjauhan agak lama anak-anaknya bagi mengerjakan ibadah umrah, Siti Sarah mendedahkan anak keduanya, Talita pernah mengusulkan cadangan kepada Shuib agar mencari ibu baharu untuk mereka.

Menceritakan momen lucu itu, Sarah berkata, “Shuib ada menjelaskan kepada anak kedua kami yang kami akan berpisah agak lama. Sempat dia meminta bapanya supaya mencari ibu baharu. Ketawa saya mendengar jawapannya.

“Apabila saya terangkan semula kami akan meninggalkan mereka selama dua minggu, baru dia faham. Saya berharap diberi Allah kekuatan untuk berdepan saat itu kerana kami tidak pernah lama berjauhan dengan anak,” katanya memetik BH Online.

Sarah dan Shuib akan bertolak ke tanah suci pada Isnin ini.

Walaupun ini merupakan kali kedua Sarah mengerjakan umrah, namun dia tetap berasa gemuruh.

“Saya pernah menunaikan umrah pada tahun 2005, tetapi mungkin kerana masih terlalu muda, banyak perkara yang saya belum faham.

“Sekarang pada usia 33 tahun, saya akui agak gementar. Entahlah, sukar untuk saya terangkan perasaan ini.

“Namun saya berharap segala urusan sepanjang di sana dipermudahkan,” katanya.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 7, Dzahira Talita Zahra, 4, dan Ariq Matin, 2. 

SGMS Enal