Aprena Manrose Belum Berniqab Sepenuhnya, Terharu Dihujani Doa Yang Baik-baik

Pelakon Aprena Manrose tampil menyatakan dirinya masih belum berniqab sepenuhnya selepas mendapat pujian ramai berkaitan penampilannya itu, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Aprena menyatakan dia hanya belajar dan mencuba untuk mengenakan niqab itu demi mengahadiri sebuah majlis agama.

“Bismillahi MasyaAlah… terima kasih atas headline dan doa yang diberi. Tapi saya masih belum lagi fully berniqab. Masih belajar dan hanya cuba-cuba.

“Teruskan doa yang baik-baik, semoga doa berbalik pada semua,” tulisnya.

Memetik laporan Kosmo, sepupu kepada pelakon Nelydia dan Uqasha itu turut menjelaskan isu tersebut dan meluahkan rasa terharunya dengan respons yang diterima.

“Foto tersebut diambil ketika saya ke sebuah majlis agama. Mungkin ada yang salah faham tetapi doakanlah saya berubah ke arah itu.

“Bagusnya ialah ramai mendoakan dan ada menyuarakan hasrat untuk mengikuti kelas agama yang saya pergi.

“Sangat terharu dengan respons ramai dan berharap mereka terus doakan saya kekal istiqamah melakukan benda baik insya-Allah,” katanya lagi.

Sumber: Kosmo

Fatin Nurain