Azhan Rani, Wargamaya Selar Pihak Beri Komen Negatif ‘Meluat Baca Berita Pemergian Arwah’ & ‘Isu Aurat’ Adibah Noor

Kisah duka pemergian Allahyarhamah penyanyi dan pelakon versatil, Adibah Noor masih menggemparkan ramai pihak.

Allahyarham yang menghidap sakit kanser ovari tahap empat menghembuskan nafas terakhirnya pada 7:40 petang di sebuah pusat perubatan swasta pada Sabtu lalu.

Insan yang ‘Terlalu Istimewa’ dalam hati semua pihak ini membanjiri ‘timeline’ media sosial mengenai berita kebaikan sepanjang hidupnya.

Namun begitu, terdapat dua individu yang memberikan komen berbaur negatif terhadap arwah yang mengaitkan isu aurat serta mengakui meluat apabila berita mengenai arwah penuh bertebaran di media.

Seorang individu yang tidak didedahkan namanya itu meninggalkan komen berani mati dengan menegur arwah tidak menutup aurat sehingga akhir hayatnya di ruangan komen berita penyanyi Ani Maiyuni yang memegang amanah arwah.

   

Dalam pada itu, menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik di Instagram pelakon Azhan Rani, dia telah membidas kenyataan seorang individu lain yang mengakui ‘meluat’ membaca berita pemergian arwah.

Tinjauan di ruangan komen untuk kedua-dua komen berikut telah mengundang amarah rata-rata netizen yang menyelar tindakan mereka serta dianggap sangat melampau.

Menurut mereka, apa yang dikatakan oleh dua individu berkenaan dikatakan tidak wajar kerana sebagai manusia biasa tidak mempunyai kuasa untuk ‘menilai’ masa lalu setiap insan.

Netizen turut menegaskan agar dua individu berkenaan tidak perlu membuat kerja Tuhan, malah, ujar mereka satu-persatu kebaikan arwah Adibah didedahkan kepada umum.

Aqilah Paharuzi