Categories: HiburanSelebriti

Aznil Buka Mulut Tentang #KekeChallenge

Siapa sangka pengacara nombor satu negara, Datuk Aznil Haji Nawawi atau Pak Nil membuka mulut mengenai Keke Challenge yang semakin viral sekarang ni. Mana taknya, ramai yang terikut-ikut dengan aksi itu sampai ada yang memalukan diri sendiri.

Menurut Pak Nil, sekiranya perkara tersebut viral ketika zaman mudanya, dia tidak akan terpengaruh kerana ia tidak mendatangkan apa-apa faedah untuknya.

“Kalau Pak Nil muda sekalipun, Pak Nil tidak terasa untuk buat perkara seperti itu. Emak dan ayah Pak Nil pernah berpesan: “Dari kau lahir, kami menjaga sehingga nyamuk gigit pun, kami tidak benarkan.

“Supaya apa? Supaya kau tidak cacat di tangan kami. Tetapi, bila kau besar, kau sendiri yang mencari kecacatan dengan membuat perkara tidak berfaedah.” Tulis selebriti itu menerusi laman Instagramnya

Bukan sahaja popular di luar negara, malah ramai artis tempatan turut meniru dan melakukan tarian tersebut dalam pelbagai gaya.

 

 

Sumber: Instagram @aznilnawawihm

 

Bapa kepada tiga cahaya mata itu memuat naik pautan video ‘Keke Challenge’ yang tidak berjaya apabila ada di antara mereka terjatuh ketika keluar kereta, malah nyaris dilenyek lori. 

Rata-rata bersetuju, termasuk pendakwah muda, PU Amin, dengan tindakan dan pandangan Pak Nil memuat naik video tersebut dan meraih hampir 750,000 tontonan.

Ad Ops