Filem By: Syamir Shafie October 10, 2023 @ 8:42pm

“Batal Tayangan Pagari Bulan, FINAS Buat Apa?” – Michael Ang Luah Rasa Terkilan

Pengarah drama dan pelakon terkenal, Michael Ang meluahkan rasa kecewa dan terkilan apabila filem Pagari Bulan gagal mendapat sambutan yang hangat di pawagam.

Michael meluahkan perkara itu menerusi hantaran video berdurasi 1:10 minit.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Menurut Michael, promosi menjadi sebab filem Pagari Bulan arahan Raja Mukhriz Raja Ahmad dan terbitan isterinya, pelakon Sharifah Shahora kurang mendapat sambutan.

“Ramai orang yang memberi komen bahawa filem itu bagus, penulisan skripnya baik dan kebanyakan penonton memberikan rating yang tinggi.

“Pengkritik-pengkritik filem Melayu turut bersetuju dengan kualiti Pagari Bulan. Bahkan, sinematografi, cara pengarahan juga mantap di samping penerapan unsur-unsur sejarah yang menjadikan filem ini lebih menarik.

”Tapi, masalahnya tiada sambutan kerana promosi tak cukup kuat. FINAS buat apa?” soal Michael.

Dalam pada itu, Michael turut kesal dengan tindakan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) yang sewenang-wenangnya membatalkan tayangan filem Pagari Bulan sedangkan tayangan dikatakan boleh dilakukan selama 14 hari.

Menjengah ruangan komen video ringkas Michael yang dimuat naik malam tadi, rata-rata pengikut filem itu juga tidak tahu akan kewujudan naskhah terbabit, malah ramai pula yang berterima kasih kepada Michael atas perkongsian filem Pagari Bulan tersebut.

“Serius baru tahu ada cerita ni kat panggung.”

“Bila tengok video ni baru tahu ada filem tu.”

“Tak pernah nampak iklan pun,” komen netizen.

Sementara itu, terdapat beberapa pengikut Michael yang meminta agar pihak produksi berusaha lebih giat lagi dalam usaha mempromosikan filem di pelbagai platform media sosial, seperti Facebook, Tiktok dan Instagram.

Menurut pemilik akaun @arezmie, pihak produksi tidak boleh senyap selepas pembikinan filem dan tidak wajar mengharapkan penonton sendiri yang mencari maklumat tanpa adanya iklan.

Rentetan itu, Michael yang muncul sebagai watak cameo dalam Pagari Bulan merayu seluruh rakyat Malaysia untuk menonton Pagari Bulan di pawagam.

Michael percaya walaupun filem ini kekurangan promosi, namun tetap akan mandapat sambutan dengan kehebatan kuasa viral netizen.

“Korang tologlah, korang kan netizen terhormat-terhormat. Kuasa viral korang memang hebat. Apa kata korang tolong viralkan Pagari Bulan?” rayu Michael pada detik-detik akhir video.”

Pagari Bulan sebuah kisah penjajahan Jepun di Kelantan dibarisi pelakon hebat tahah air iaitu Nazeera sardi, Aniq Durar, Trisha Ooi, Andy Teh, Alvin Wong dan Michael Ang.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 7 Jun 2018

Bila Ronaldo Naik Angin…Ini Jadinya!

Cristiano Ronaldo membuat keputusan selepas tidak berpuas hati dengan pengurusan tertinggi yang didakwa mungkir janji mengenai tawaran dalam kontrak baharunya.

Hiburan Thu, 5 Oct 2023
Hiburan Tue, 9 Jan 2018

《GoGo旺得福》造势活动开跑啦!

首要媒体集2018年新春活动和同名贺岁专辑《GoGo旺得福》已经隆重面世!ntv7艺人及八度空间主持人,将于1月13日起开展北、中、南马一连串的造势活动,与观众近距离接触玩游戏,大派奖品迎接“旺旺年”的到来 !

Hiburan Sun, 8 May 2022
Hiburan Wed, 9 Aug 2023
Featured Mon, 3 Apr 2023

Rita Nadira Menangis, Akui Watak Salina Dalam Saat Hilang Cintamu Kejam!

Memang menyirap eh tengok Salina dalam cerita nih!😡🔥💥

Hiburan Sun, 24 Feb 2019

‘Majlis Kahwin Kali Ini Bakal Lebih Sederhana’- Fasha Sandha

Pelakon berusia 35 tahun ini memberitahu perasaan kurang beriya bukan hanya dirasai sendiri tetapi yakin wanita yang berkahwin kali kedua turut melalui hal yang sama.