Bebas Skandal! Pernah Didekati Wanita Lain, David Teo Tepis Godaan..

Penerbit terkenal David Teo mendedahkan pernah digoda oleh wanita lain sepanjang karier sebagai penerbit.

Namun, produser popular ini tidak termakan dek pujukan kerana menganggap dirinya bebas skandal.

“Sepanjang karier sebagai penerbit dalam industri, saya tak pernah walau sekalipun digosip ada skandal dengan mana-mana wanita atau aktres.

“Memang godaan itu ada, tapi berjaya ditepis,” katanya.

Perkara tersebut telah didedahkan oleh David ketika ditemui pada majlis Hari Raya bersama MIG di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Namun begitu, David mengaku terpesona dengan kecantikan aktres jelita, Rozita Che Wan atau Che Ta.

“You tahu mata dia, itu bulu mata sangat menggoda, muka dia memang cantik. Saya tak bertentangan mata dengan Che Ta untuk elak rasa berdebar.

“Saya hanya mampu pandang bucu meja, bukan muka dia. Kecantikan Che Ta tak boleh dinafikan. Saya tak berani tengok bulu matanya,” katanya.

Enggan kenyataannya disalah erti, penerbit itu memuji sikap profesional Rozita sebagai pelakon.

“Jangan salah faham, Rozita tak goda saya tapi dia ada berlakon dalam filem saya sebanyak 17 babak.

“Apa saya cuba katakan ini adalah saya tak berani pandang wajah dia kerana takut nanti terlalu mudah saya ikut permintaanya berhubung soal tawaran kerja, itu saja,” katanya.

Fatin Nurain